“Cukup-cukuplah bawa bidaah masuk dalam masyarakat. Islam tidak ajar begini”.
Setiap kali Ramadan tiba, pasti ada sahaja isu yang menjadi buah mulut netizen menerusi aktiviti yang dijalankan.
Selain itu melibatkan Bazar Ramadan, kali ini sebuah aktiviti kejut sahur yang sudah dilabel sebagai ‘tradisi’ di Taman Setia ini telah mendapat perhatian netizen.
Isunya bermula apabila penduduk setempat di kawasan ini meneruskan ‘tradisi’ kejut sahur dengan berselawat sambil bergendang secara kuat untuk mengejutkan orang ramai bersahur.
Meskipun aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengejutkan orang ramai bangkit bersahur, tindakan yang dilakukan walau bagaimanapun didakwa telah mengundang kepada bidaah menerusi perkongsian Twitter @hamka_yazid.
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai yang meluahkan pendapat isu yang dialami para bayi yang terpaksa berjaga gara-gara mendengar bunyi gendang yang kuat. Tidak kurang juga yang peka dengan perasaan golongan bukan Islam yang mungkin terganggu dengan aktiviti kejut sahur ini.
Imam Ibn Jauzi rhm [Wafat 597H] berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah…banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur… https://t.co/EVYEk0i2If
— Rizzuan Amir 🇲🇾🇵🇸 (@RizzuanAmir1) March 28, 2023
Sementara itu, terdapat individu yang berpendapat aktiviti bergendang ini sebenarnya bukanlah bidaah melainkan berpendapat bermain gendang sewaktu sahur bakal memperoleh pahala.
Islam tidak ajar begini.
Jika nak kejutkan orang ramai untuk sahur, cukup dengan melaungkan azan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah ﷺ.
Cukup-cukuplah bawa bidaah masuk dalam masyarakat. Kesian pada ibu bapa yang ada anak kecil. pic.twitter.com/G3ej2I9210
— Yazid Hamka (@hamka_yazid) March 28, 2023
Difahamkan pada zaman Rasulullah S.A.W, cukup sekadar melaungkan azan sahaja dalam memaklumkan orang ramai untuk bangkit bersahur makala tradisi bergendang ini tidak dilakukan pada waktu tersebut.
BACA:
‘Kesilapan besar politik Malaysia ialah terlalu harapkan Mahathir’, Nik Abduh bidas Presiden Pas?