Ada perkara besar bakal melanda negara, Anwar Ibrahim minta rakyat dalam ‘standby mode’

Oleh GEMILANGDAILY

Ada perkara besar bakal melanda negara, Anwar Ibrahim minta rakyat dalam ‘standby mode’.

Semasa Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini,

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Malaysia bersiap sedia dengan semua prasarana, infrastruktur dan sumber tenaga tempatan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemasukan pelaburan asing, lapor Berita Harian.

Ada perkara besar bakal melanda negara, Anwar Ibrahim minta rakyat dalam 'standby mode'

Menurut beliau, kerancakan pelaburan ke Malaysia, jauh lebih pesat berbanding keadaan sebelumnya.

“Saya percaya saudara yang cukup pengalaman dalam pelbagai bidang ini dapat mengenalpasti beberapa langkah yang perlu diambil kerana saya lihat soal pelaburan, kedatangan pelaburan itu kian rancak

“Mengambil contoh apabila Amazon Web Services (AWS) masuk (melabur di Malaysia), kalau kita hanya tunggu pelaburan, kita tak menyiapkan jentera, kemahiran, pekerjaan, infrastruktur, ia akan menjadi masalah,” katanya.

Terdahulu, ketika perdana menteri mengadakan lawatan rasmi ke Beijing, Malaysia telah meraih rekod pelaburan bernilai RM170 bilion dari China dengan 19 memorandum persefahaman ditandatangani pada Sabtu (1 April).

Pada 1 Mac lalu, Tengku Zafrul mendedahkan Tesla bakal beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan membuka ibu pejabat, pusat servis dan rangkaian ‘Supercharger’ sebagai permulaan pelaburan mereka.

Manakala AWS pula dilaporkan komited untuk melabur di Malaysia dan mengumumkan perancangan mereka untuk melabur sebanyak $6 bilion (~RM25.5 bilion) untuk membangunkan pelbagai perkara melaluinya.

BACA:

Tak reti baca kitab arab punca Ustaz terkenal enggan mohon tauliah dedah bekas Adun Perlis

Kerana anak, Tomok ‘shopping’ raya cecah RM6,000 sekali lain pula ceritanya