Kantoi rupa sebenar isteri di sebalik ‘mekap’, lelaki ini nekad lafaz talak.
Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pada malam pertama perkahwinan mereka,
Lelaki bernama Cao itu berkenalan dengan isterinya, Trang melalui media sosial.
Perbezaan usia mereka agak jauh kerana Cao berusia 30 tahun, manakala isterinya pula 47 tahun.
Walaupun usia mereka berbeza 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk menikahi Trang terutamanya apabila wanita itu sentiasa tampil dengan solekan dan pakaian bergaya.
Selepas pertama kali bertemu, Cao tertarik kepada Trang kerana cantik, penyayang, yakin dan matang. Latar belakang keluarga mereka juga hampir serupa.
Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka tetapi belum didaftarkan secara sah.
Pada malam pertama, kegembiraan Cao pudar apabila dia melihat wajah Trang selepas menanggalkan solekan.
Cao berasa terpedaya dan tertipu dengan solekan Trang sehingga tidak mengenali wajah sebenarnya. Dia kemudian memutuskan untuk bercerai dan menghalau Trang dari rumah.
Akibat berasa kecewa kerana sikap suaminya, Trang lantas memberi dua pilihan kepada Cao.
Pertama, perkahwinan mereka didaftarkan dan terus tinggal bersama. Kedua, pasangan itu akan bercerai, tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).
Merasakan bahawa dia adalah mangsa dan menilai bahawa tuntutan Trang adalah tidak munasabah, Cao juga meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak.
BACA: Pernah tak terfikir macam mana kehidupan di Korea Utara? Ini gambaran sebenar keadaan disana
Warna air laut Pantai Teluk Yu Langkawi tiba-tiba bertukar hijau? Ini respon penyelidik perikanan