‘Aku pasti dik kau akan terkenal kat KL nanti’, ini keadaan terkini pelakon utama setelah lama menyepi.
Meskipun sudah hampir 18 tahun drama Sutun sejak mulai ditayangkan, nama drama serta gelagat pelakon utama drama tersebut masih lagi diingati ramai sehingga kini.
Memamparkan watak lelaki lembut serta kerap menggayakan pakaian dengan baju merah jambu,
lakonan pelakon utama Ku Yusry yang ‘menjadi’ secara tidak langsung membuatkan orang tertanya-tanya mengenai keadaan beliau selepas dilihat tidak lagi berada dalam industri hiburan.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian di TikTok @ciklebah7 yang melihatkan wajah terkini Ku Yusry yang melakonkan watak Sutun yang dilihat sangat berbeza berbanding sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Menerusi video yang dikongsikan, para netizen juga turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.
@ciklebah7 Suka suka 🥰 #bff #sutun #tiktokguru #CapCut ♬ original sound – Yes Cik Lebah 🐝
Untuk pengetahuan, drama Sutun mulai ditayangkan pada tahun 2005 diikuti dengan drama Sutun 2 pada tahun 2006. Menerima sambutan yang hangat, drama ini diteruskan lagi menerusi drama bersiri Sutun Kembali Lagi pada tahun 2008.
BACA: