“Ada yang ajak jadi skandal”, Ahirine dedah ada pelakon lelaki yang dah kahwin cuba nasib, Farid Kamil ke?

Oleh ZULAIKHA ABBAS

“Ada yang ajak jadi skandal”, Ahirine dedah ada pelakon lelaki yang dah kahwin cuba nasib, Farid Kamil ke?

Baru-baru ini, nama pelakon Ahirine Ahirudin tidak semena-mena dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle.

Ahirine Ahiruddin Berang Dituduh ‘Penyondol’, Punca Diana Danielle Mohon Cerai – “Guna Nama Saya Untuk Timbulkan Fitnah”

"Ada yang ajak jadi skandal", Ahirine dedah ada pelakon lelaki yang dah kahwin cuba nasib, Farid Kamil ke?

Bagaimanapun, tuan empunya badan telah pun menafikan dan berkata dia bukanlah punca berlaku keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu.

Pelakon tinggi lampai itu sendiri akui tidak mengerti mengapa dia dikatakan menjadi orang ketiga hanya kerana berlakon filem arahan Farid dan melakukan aktiviti Muay Thai bersama.

Ahirine yang gemar melakukan aktiviti Muay Thai dikhabarkan sedang berkenalan dengan seorang lelaki yang turut mempunyai kemahiran sama sepertinya itu.

Malah, dia turut mendedahkan sebenarnya ada beberapa pelakon lelaki popular yang lain cuba mendekati dan mengajak Ahirine menjadi kekasih gelap.

Katanya, pelakon yang menggatal dengannya itu berstatus suami orang dan mempunyai anak selain turut menayang kebahagiaan dengan keluarga di media sosial.

BAca:

Masyuk!! Adun dan Exco Kelantan nikmati kenaikan gaji rupanya backdated sebelum usul dilulus dalam sidang DUN?

“TRW Kelantan FC bukan kelab jual burger!” Penyokong sindir Zamsaham sekali ini jawapan padu beliau