Farid Kamil ‘offer’ RM319,700 untuk selamatkan rumahtangga, sekali ini jawapan Diana Danielle buat Farid terduduk

Oleh GEMILANGDAILY

Farid Kamil ‘offer’ RM319,700 untuk selamatkan rumahtangga, sekali ini jawapan Diana Danielle buat Farid terduduk.

Diana Danielle, 32, tidak hadir untuk proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pagi semalam kerana mahu penyelesaian kes secara menyeluruh.

Peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya bukan sengaja mengingkari perintah mahkamah

Farid Kamil 'offer' RM319,700 untuk selamatkan rumahtangga, sekali ini jawapan Diana Danielle buat Farid terduduk

sebaliknya dia mahu memberi peluang kepada peguam kedua belah pihak berunding.

 

“Proses sulh pagi tadi (semalam) cuma membabitkan kes hadanah atau penjagaan anak saja dan tidak menyeluruh.

“Pihak kami juga sudah beritahu peguam Farid, anak guam tidak dapat hadir pada prosiding sulh kerana mahu sediakan perjanjian dan selepas itu perlu kemukakan di mahkamah. Pihak kami pun tidak tahu Farid akan hadir pada proses sulh kerana kami sudah beritahu kepada peguamnya.

“Saya dan anak guam tidak hadir proses sulh kerana kami sudah beri terma penyelesaian muktamad kepada peguam Farid untuk teruskan dengan perceraian,” katanya kepada Harian Metro.

Akberdin berkata, pihak Farid juga tidak perlu bimbang kerana Diana tidak mahu menuntut apa-apa pun daripadanya seperti nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian.

“Anak guam saya cuma mahu dilepaskan secara baik sebagai kawan demi anak-anak mereka selain meminta Farid beri nafkah untuk anak-anak mengikut kemampuannya.

“Terma penyelesaian ini saya sudah sampaikan pada peguam Farid dan perkara ini membabitkan peguam dengan peguam. Perjanjian ini saya akan hantar kepada peguam Farid pagi esok dan kita tunggu dia jawablah,” katanya.

Mengulas hak penjagaan anak interim (sementara) yang berakhir pada 30 Mei depan, Akberdin berkata, Diana juga akan memfailkan hak penjagaan kekal dua anaknya.

“Kami sudah berunding antara peguam dengan peguam serta tiada keperluan untuk proses sulh yang kedua pada 25 Mei nanti.

“Pihak anak guam mahu selesaikan semua sekali. Diana juga mahu tuntut hak jagaan anak yang kekal dari mahkamah. Bagaimanapun, Farid sebagai bapa kandung juga dapat hak lawatan anak-anak dua kali sebulan,” katanya.

Terdahulu, Farid menawarkan beberapa tawaran kepada Diana bagi menyelamatkan rumah tangganya ketika hadir pada prosiding proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Farid menyenaraikan empat tawaran dengan jumlah keseluruhan RM319,700.

Ia membabitkan sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000, dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan sudah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000

baca:

PM dedah ada benda yang bakal menimpa negara sebelum raya

“Aku tangkap dia, kali ni depan mata sendiri. Laki aku dalam rumah jiran lagi, sekali lain pula respon mak mertua”