Kenapa kita selalu gelar orang putih sebagai ‘mat salleh’, ini puncanya

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa kita selalu gelar orang putih sebagai ‘mat salleh’, ini puncanya.

Sepanjang hidup korang semua kan, pernah tak terfikir kenapa orang kita panggil orang putih sebagai “mat salleh”?

Anak Najib kemaruk dengan bapanya yang suka minum Caramel Machiato.

Kenapa kita selalu gelar orang putih sebagai 'mat salleh', ini puncanya
Setahu kami la, Mat Salleh adalah seorang pahlawan Sabah yang menentang penjajahan British.

Dia la yang menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) sebab kutip cukai sampai hilang kuasa pembesar tempatan. Hmmm….tapi, masih tak menjawab kenapa orang putih dipanggil ‘mat salleh’.

Takpe, jangan risau, mungkin huraian di bawah ni dapat menjawab persoalan di atas.

Perkataan Mat Salleh berasal dari kedatangan ‘pelayar gila’

Ada banyak versi untuk kisah Mat Salleh ni, semuanya korang boleh jumpa dalam Internet, tapi kami ada terjumpa satu penulisan dari akhbar New Straits Times pada 1992. Ia ditulis oleh Ani Arope dari Kuala Lumpur tentang asal-usul istilah “mat salleh”.

Dalam penulisannya, Ani mengatakan istilah tersebut berasal dari Pulau Pinang, di mana orang Melayu di sana telah dijajah oleh British untuk sekian lamanya. Jadi, penduduk Penang ni anggap mereka ni adalah bangsawan (tapi sekejap jela).

Asal-usul panggilan mat salleh untuk orang putih | SOSCILI

Ada satu hari tu, sebuah kapal perang British berlabuh di Butterworth untuk mengisi minyak selepas berada di laut selama tiga bulan. Para pelaut ni pun merayau sampai ke bandar dan orang Melayu masa tu terkejut dengan perangai mereka. Katanya mereka ni berperangai liar, lepas tu kerja nak mabuk saja.

Penduduk Penang ada bagitahu penduduk British tempatan, kata mereka takyah layan pelaut tu sebab mereka ni pelaut gila atau dalam bahasa Inggeris “mad sailor“.

Jadi, sejak tu la penduduk tempatan kita menyesuaikan lidah dengan sebutan “mat salleh” yang asalnya ialah “mad sailor” sebagai panggilan kepada orang berkulit putih.

Sebutan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ni orang-orang dulu suka buat. Contohnya, Tamparuli di Sabah tu dinamakan kerana penduduk tempatan tersalah dengar seorang pegawai British cakap yang jambatan di sana ‘temporary’.

Ada juga satu teori yang kami jumpa…

Keratan akhbar yang menceritakan tentang asal-usul panggilan mat salleh.

Kadang-kadang orang kita ni suka memendekkan nama Muhammad kepada ‘mat’. Dalam kalangan masyarakat kita juga memberikan gelaran ‘mat’ yang merujuk kepada sesebuah kumpulan atau golongan. Contohnya, sekumpulan orang yang suka berlumba haram di lebuhraya dipanggil ‘mat rempit’.

Macam di Singapura, kalau nampak ada geng lepak bawah blok sambil hisap rokok, mereka digelar ‘mat rep’. Jadi, berbalik kepada ‘mat salleh’ tadi kemungkinan asalnya ialah ‘mat sailor’, tapi disebabkan lama-kelamaan orang terbiasa sebut ‘salleh’. Apa pendapat korang semua? Kongsikan pendapat tentang istilah ‘mat salleh’ ni.

Sumber:

BACA:

Muah-Muah Raya pula dah! Lepas Aliff Syukri, Dato Vida pula buat hal!

“Aku kerja di hospital bahagia, malam pertama aku tak boleh tidur, 2 pagi aku ronda, jengah-jengah, pelik bila tengok bilik ni”