Kalau manusia berhijrah keluar dari bumi, berapa lama manusia mampu bertahan di planet lain?
Cuba bayangkan manusia mempelajari cara bagaimana untuk bernafas di angkasa tanpa peralatan khas dan menemui cara untuk sampai ke mana-mana planet dalam sistem suria.
Walaupun kita mungkin tidak mampu mencapai tahap ini dalam masa terdekat, namun kita boleh bayangkan apa yang dirasai oleh seseorang ketika berada di planet lain dalam sistem solar tanpa sebarang peranti perlindungan.
Dan melihat kepada rancangan Elon Musk yang sangat bercita-cita tinggi, kita mungkin mampu mengembara ke angkasa lepas dengan bebas lebih cepat daripada yang kita harapkan.
iluminasi.com kongsikan tempoh manusia mampu bertahan di setiap planet dalam sistem solar.
1. Planet Utarid
Sekiranya anda ingin melawat planet ini dan mengelakkan akibat yang tidak menyenangkan, anda perlukan peranti pemasa (timer).
Perubahan suhu pada Mercury tersangat gila di mana siang hari boleh mencapai 427°C manakala pada waktu malam ia jatuh ke paras -179°C.
Mercury berputar agak perlahan dan untuk terus hidup, apa yang anda perlukan adalah cuba untuk hidup di saat ketika mana suhu siang hari berubah kepada suhu malam hari.
Dengan ini, masa yang anda mampu bertahan hidup di planet ini hanyalah sekitar 90 saat sahaja.
2. Planet Zuhrah
Jika anda berpeluang menjejakkan kaki di planet Zuhrah, anda mungkin hanya dapat menikmati kehidupan di sana selama satu saat sahaja.
Atmosfera di planet ini adalah 98% karbon dioksida dan tekanannya adalah 90 kali lebih kuat berbanding Bumi. Malah, keseluruhan permukaannya dilitupi oleh awan yang tebal yang menurunkan hujan asid sulfurik.
Tak cukup dengan itu, planet ini tersangat panas dan purata suhunya adalah sekitar 427°C.
3. Planet Marikh
Seperti yang anda tahu, planet Marikh adalah planet yang dikatakan paling hampir serupa dengan Bumi berbanding planet-planet lain dalam sistem solar kita.
Walaupun Marikh adalah calon pertama untuk penjajahan ruang angkasa, namun tempoh yang paling lama kita mampu bertahan di planet ini adalah sekitar 80 saat sahaja.
Seperti planet Zuhrah, atmosfera di Marikh mengandungi karbon dioksida yang tersangat tinggi iaitu 95%.
Ia juga tersangat sejuk dan suhu puratanya adalah -62°C
4. Planet Musytari
Planet terbesar dalam sistem solar kita ini hanya akan menjadi mesra dengan anda hanya dalam tempoh sesaat sahaja.
Planet gergasi ini kemudiannya akan mengejutkan anda dengan angin ributnya yang tidak dapat dikendalikan oleh tubuh manusia.
Musytari dikelilingi oleh dunia gas yang pada dasarnya terdiri daripada hidrogen dan helium.
Selain itu, angin pusar yang gila meningkatkan jisim gas panas ke permukaan planet yang membentuk salji ammonia kristal dan mustahil untuk membayangkan manusia untuk bertahan dalam situasi ini.
5. Planet Zuhal
Ini adalah satu lagi planet gergasi yang membenarkan kita untuk tinggal di atasnya kurang daripada sesaat.
Selain daripada awan gas, Zuhal sentiasa mempunyai angin yang sangat kuat yang mampu mencecah kelajuan 1,800 kilometer sejam.
Zuhal menghasilkan tornado gila di permukaannya sehinggakan tidak ada makhluk hidup mampu mengedipkan mata sebelum ia bertukar menjadi habuk kosmik.
6. Planet Uranus
Planet ini dilitupi oleh campuran air, ammonia dan metana yang panas.
Sebenarnya, kita tidak boleh menjangkakan berapa lama manusia boleh tinggal di planet ini kerana kita tidak akan mempunyai masa untuk mendarat di sana.
Ini kerana kita akan terlaru dengan sekelip mata dalam campuran tersebut. Oleh itu, kita tidak mampu untuk bertahan walaupun sesaat di planet ini.
7. Planet Neptun
Masa untuk manusia hidup di planet ini kurang dari sesaat. Keadaan yang dahsyat akan memusnahkan apa-apa objek tanpa sebarang notis dan semua ini disebabkan oleh angin yang tersangat kuat.
Angin yang mengerikan di planet Neptune kadang-kala mampu bergerak dengan lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Jadi, tak perlu kita bayangkan berapa lama manusia boleh bertahan di planet ini.
BACA:
Bekas isteri Achraf Hakimi berputih mata tuntut harta sepencarian, sekali ibu dedah situasi sebenar