Tak sangka! Rupanya Didiey Alias bekas isteri ‘King’ yang ramai tak tahu.
Pasangan berpisah tidak sepatutnya mendedahkan punca perceraian kepada anak-anak kerana dikhuatiri boleh mengganggu emosi mereka, kata pelakon dan pengacara, Didie Alias.
Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 47, mengaku perkara itulah yang dipraktikkan bersama bekas suami, Ridzuan Hashim yang sehingga sekarang menjalin hubungan baik dengan lima anak mereka.
“Selepas bercerai, kami tidak pernah bermusuh. Benar, anak-anak di bawah penjagaan saya, tetapi mereka tidak dihalang berjumpa dengan Ridzuan.
“Alhamdulillah, perhubungan antara mereka akrab,” katanya kepada BH Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1992 tetapi bercerai pada 2002.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Nur Dania, 26; Muhammad Danial, 25; Nur Dinie, 23; Dayini, 21, dan Diyana, 20.
Didie berkata, anak-anak juga tidak pernah tahu punca dirinya dan bekas suami berpisah.
“Saya tidak pernah memburukkan bapa mereka. Baik atau buruk yang pernah berlaku sebelum ini, saya simpan.
“Biar anak-anak melihat kenangan yang indah-indah saja bersama bapa mereka.
“Begitu juga dengan Ridzuan, dia tidak pernah menceritakan masalah kami kepada anak-anak,” katanya.
Ditanya mengenai cara didikan anak sehingga masing-masing berjaya dalam akademik, Didie berkata, dia membeli hadiah setiap kali mereka cemerlang dalam pelajaran.
“Dahulu, walaupun melalui kepayahan hidup, saya nekad memastikan masa hadapan anak-anak terjamin.
“Saya buat anak-anak rasa seronok untuk berusaha mencapai markah tertinggi kerana ada hadiah menanti.
“Bermula dengan anak sulung, Diana, dia akan mengambil cabaran saya untuk cemerlang dalam semua subjek. Saya belikan hadiah dimahukan.
“Dengan cara itu, adik-adik lain mengikut cara kakak mereka. Alhamdulillah, mereka semua berjaya. Diharap mereka terus sukses dalam kehidupan masing-masing,” katanya.
Didie berkahwin kali kedua dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 2009. Mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Dayyan, berusia lima tahun.
BACA:
Gajah pun nak pandai terjah rumah orang, nak ‘beraya’ kot? Undang reaksi netizen
‘King’ banyak termenung dan memencilkan diri masa sambut Aidilfitri undang perhatian netizen