Kaki kanak-kanak ini tersangkut celah kerusi, tapi muka tenang curi tumpuan netizen. Telatah budak zaman sekarang memang panjang akal
Kadangkala memang tak sangka dengan tingkah laku mereka. Mak ayah di rumah juga naik pening tengok mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kaki seorang budak lelaki tersangkut di celah kerusi telah mencuri tumpuan.
Mak dah cuak, muka anak dengan ayah boleh tenang saja
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang mengalami masalah dan memerlukan bantuan ayahnya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kakinya tersangkut di celah kerusi dan membuatkannya panik dan cuak. Ibunya dilihat ingin membebel namun melihatkan riak wajah ayah dan anaknya yang tenang itu membuatkannya tak jadi nak marah.
@nurul_tedMujur la pak hang cool… Kalau Mami karate hancur dah kerusi tu.. Mcmana boleh terselit tersepit xtau la hero sorg nih😅♬ original sound – Nurul Ted
“Mujur la pak hang cool. Kalau mummy karate hancur dah kerusi tu. Macam mana boleh terselit tersepit tak tau la hero sorang ni”, tulisnya.
“Asian mom be like, haa masukkan lagi kaki tu, masuk lagi” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 199K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing