Penduduk Rawang ‘stim’ lepas hidu asap tiap hari? Rupanya ini yang kilang itu bakar tiap hari buat ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Penduduk Rawang ‘stim’ lepas hidu asap tiap hari? Rupanya ini yang kilang itu bakar tiap hari buat ramai nak tahu.

Masalah dihadapi penduduk sebuah kawasan kejiranan di Rawang yang mengadu terpaksa menahan bau busuk bertahun-tahun,

Berpunca dari akibat pencemaran udara daripada sebuah loji asfalt berhampiran, kelihatan tidak berpenghujung.

Penduduk Rawang 'stim' lepas hidu asap tiap hari? Rupanya ini yang kilang itu bakar tiap hari buat ramai nak tahu

Penduduk yang terjejas terpaksa menghidu “bau terbakar” setiap hari, menyebabkan mereka mengalami batuk dan sakit tekak, kata Lam Choong Wah, seorang aktivis yang sudah lama menetap di penempatan Batu 15.

Beliau berkata, kereta dan rumah mereka juga diselaputi habuk akibat pencemaran udara itu.

Menurut Lam, kilang itu terletak berhampiran kawasan perumahan seperti Taman Setia dan Taman Setia Jaya, serta Reef Commercial Centre. Dianggarkan seramai 5,000 orang terjejas akibat isu ini.

Masalah itu berterusan walaupun penduduk membuat banyak aduan kepada pihak berkuasa.

Perkara itu turut dibangkitkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada April 2022 mendapati terdapat kebocoran pada sistem kawalan pencemaran udara di kilang itu, yang menurutnya telah ditangani.

Bagaimanapun, Lam berkata, pencemaran itu masih berlaku dan beliau telah memfailkan satu lagi aduan kepada Nik Nazmi pada Mac.

FMT telah menghubungi menteri itu dan pemilik kilang, Sunway Berhad untuk mendapatkan komen.

Sementara itu, Leong berkata, beliau telah meminta JAS untuk menyiasat kilang itu dengan lebih lanjut.

“Penduduk memberitahu saya, kilang itu juga beroperasi pada waktu malam, kerana kerja-kerja jalan raya lazim kedengaran pada waktu itu,” katanya kepada FMT

Beliau akan menjadualkan satu lagi mesyuarat dengan JAS untuk perbincangan lanjut, tambahnya.

BACA:

Ada Pulau Syirik di Melaka? Tak pernah dengar pun..

Ini 10 bangunan rahsia yang ramai tak tahu, yang no.5 tu bukan dekat Malaysia ye