Noh Salleh bakal bernikah September ini, sekali ini reaksi Mizz Nina

Oleh GEMILANGDAILY

Noh Salleh bakal bernikah September ini, sekali ini reaksi Mizz Nina.

Pasangan terbaru Noh Salleh atau turut dikenali sebagai Noh Hujan bukan lagi rahsia selepas penyanyi ini dilaporkan telah melangsungkan majlis pertunangan baru-baru ini.

Majlis pertunangan Noh Salleh bersama peguam ini diadakan di Putra Heights Subang Jaya semalam di mana kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk menetapkan tarikh pernikahan pada 23 September ini.

Noh Salleh bakal bernikah September ini, sekali ini reaksi Mizz Nina

Sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih
berada di sana,” kata sumber kepada Kosmo! Online.

Difahamkan Fatin berusia 30 tahun turut mempunyai minat terhadap muzik sama seperti Noh serta berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Untuk pengetahuan, Noh Salleh sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

BACA:

Ini kisah seorang billionaire tiba-tiba jadi miskin balik? Ini cara dia bangkit semula jadi billionaire semula

Ini 8 kelebihan yang ada pada telegram tapi tiada di Whatsapp yang ramai tak tahu, no.4 tu ramai suka