MB Terengganu dedah ada nama besar akan ‘join’ PN, lain pula netizen ‘teka’, ‘Tun M ke?’

Oleh GEMILANGDAILY

MB Terengganu dedah ada nama besar akan ‘join’ PN, lain pula netizen ‘teka’, ‘Tun M ke?’

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan terdapat nama-nama besar yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan latar belakang individu yang dimaksudkan itu.

MB Terengganu dedah ada nama besar akan 'join' PN, lain pula netizen 'teka', 'Tun M ke?'

“Insya-ALLAH ada nama besar yang akan sertai PN dan kita sedang menyusun gelombang ini di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut di sini pada Selasa.

Sementara itu, ditanya mengenai agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ia belum selesai diagihkan lagi.

“Agihan kerusi DUN yang akan ditandingi calon PN di enam negeri melibatkan Pas, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) belum selesai dan masih di peringkat rundingan lagi.

“Perbincangan terakhir agihan kerusi itu akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita akan cari ruang waktu yang sesuai dalam tempoh terdekat ini untuk kita duduk dan bincang agihan kerusi di enam negeri terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, beliau juga menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti bagi menentukan kerusi DUN yang bakal ditandingi dalam PRN tidak lama lagi.

Jelasnya, beliau sendiri tidak dapat memastikan sama ada kekal bertanding di kerusi DUN Rhu Rendang atau di DUN lain.

“Ini bukan hak saya untuk saya buat keputusan (DUN yang ditandingi) walaupun (saya) Naib Presiden Pas. Apa-apa jua (keputusan) ditentukan oleh kepimpinan tertinggi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Rhu Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sarawi Sulong (729 undi).

BACA: 

Tak sangka! Rupanya ini asal usul masyarakat Arab di Malaysia, kebanyakannya keturunan nabi yang ramai tak tahu

“Gara-gara aku izin suami ‘selamatkan’ bekas kekasihnya yang janda, tak sangka keputusan itu buat aku menyesal seumur hidup!”