Kenapa staff Gen Z tak pandai bersosial dengan staff lain? Ini perangai sebenar yang boss-boss patut tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Kenapa staff Gen Z tak pandai bersosial dengan staff lain? Ini perangai sebenar yang boss-boss patut tahu.

Generasi Z atau Gen Z merupakan kumpulan demografi yang dilahirkan antara tahun 1997 dan 2012.

Sebilangan Gen Z kini mula meneroka dunia pekerjaan, namun terdapat dalam kalangan mereka sering dikaitkan dengan perspektif buruk dan negatif.

Kenapa staff Gen Z tak pandai bersosial dengan staff lain? Ini perangai sebenar yang boss-boss patut tahu

Ia akhirnya menimbulkan persoalan adakah Gen Z merupakan golongan yang sukar untuk diuruskan.

Menurut tinjauan yang dijalankan pada 2023 terhadap 1,300 pengurus di Amerika Syarikat (AS), tiga daripada empat responden mengakui lebih sukar untuk bekerjasama dengan Gen Z berbanding generasi lain.

Menurut seorang pengurus di Dallas dikenali sebagai Alexis McDonnell, dia melihat pandemik sebagai satu impak besar terhadap kelakuan pekerja Gen Z pada masa ini.

“Satu-satunya perbezaan yang saya perhatikan ialah profesionalisme. Saya fikir pandemik Covid-19 memainkan peranan besar dalam hal itu.

file7fz5gu00t3sh82kb6ti

Ramai pengurus menganggap Gen Z sebagai golongan yang lemah. (Gambar Hiasan)

“Kerana ini adalah pekerjaan pertama mereka selepas menamatkan pengajian di kolej dan tahun-tahun terakhir mereka dihabiskan dalam pembelajaran jarak jauh akibat pandemik,” katanya kepada The Post.

Melihat kepada hasil tinjauan, terdapat beberapa kesimpulan yang disyaki menyebabkan Gen Z mempunyai reputasi buruk dalam dunia pekerjaan.

Salah satunya ialah tentang adab di pejabat yang mana hasil tinjauan mendapati kebanyakan Gen Z memulakan kerjaya mereka tanpa mengetahui etika yang betul.

Malah, 36 peratus responden kaji selidik mengakui bahawa kemahiran komunikasi Gen Z amat lemah berbanding pekerja generasi lain.

Profesionalisme Gen Z yang lemah juga memburukkan reputasi mereka dalam dunia pekerjaan.

Aduan pengurus kebanyakannya membawa kepada elemen gangguan yang mana kira-kira 36 peratus pengurus mengakui mereka lebih banyak menggunakan telefon bimbit ketika bekerja.

Gen Z juga dikatakan cenderung ingin mempunyai kebebasan masa dan cara bekerja yang mana pemikiran ini sangat berbeza dengan kumpulan Milenial dan generasi sebelumnya.

BACA: 

Alyah isteri kedua Datuk Ramli MS, tapi ramai tak tahu kisah sedih Jennifer isteri pertama Datuk Ramli MS

“Tengah khusyuk solat tiba-tiba ada objek jatuh entah dari mana”, rupa-rupanya..