Betul ke jasad mayat bapa kemodenan Turkiye, Mustafa Kamal Atarturk tak diterima bumi?

Oleh GEMILANGDAILY

Betul ke jasad mayat bapa kemodenan Turkiye, Mustafa Kamal Atarturk tak diterima bumi?

Sebenarnya Kamal Ataturk tak diterima bumi ni adalah satu kisah dongeng yang dok disebarkan dikalangan rakyat Malaysia.

Kami terpanggil untuk membetulkan kisah ini semula.

Betul ke jasad mayat bapa kemodenan Turkiye, Mustafa Kamal Atarturk tak diterima bumi?

Ramai tak tahu yang sultan-sultan Uthmaniyyah memang ada satu SOP pada jenazah deme, mayat deme akan diawet dengan segala organ dikeluarkan dari badan sebelum ditanam. Ada banyak sebab kenapa jenazah deme diawet.

Contohnya nak tunggu makan diraja siap, jadi deme kasi awet dulu badan sultan dan diletakkan di makam sementara. Ini untuk Ataturk. Makam yang ada sekarang di Turki dibina selepas kematian Atatruk.

Atau masa tu tengah ada perang, dan sultan mati tengah-tengah perang, tapi tak nak tentera tahu, demi tak jatuhkan moral mereka, makanya jenazah sultan diawet. Ini jadi pada Sultan Suleiman Al-Qanuni.

Organ-organ ini dikuburkan dalam tanah tempat dia meninggal dunia, namun bahagian jantung ditanam berasingan dari organ yang lain. Bahkan, makam atau batu nisan didirikan untuk organ dalaman yang telah dikebumikan.

Setelah selesai mengeluarkan organ dalaman, tubuh jenazah Sultan Suleiman akan dikeringkan dengan cara diperasapkan oleh kayu yang dibakar hingga mayat itu benar-benar kering.

Dengan cara ini, mayat akan terselamat dari mereput dan membusuk dengan cepat. Kaedah ini adalah sejenis proses mumifikasi gaya Turki kuno.

Dan setelah jenazah Sultan Suleyman dimumiakan, kompleks pemakaman gaya Turki akan dibina dan jenazahnya dimasukkan ke dalam peti keranda kayu di ruang bawah tanah makam dua tingkat untuk disimpan di sana.

Peti keranda itu tidak langsung menyentuh tanah. Terdapat sarkofagus (lapisan penutup mayat yang dibina mengikut ukuran tepat jenazah) palsu yang terbuat dari kayu atau marmar di tingkat atas makam dua tingkat itu.

Tidak ada sesiapa pun, kecuali para birokrat dan anggota dinasti peringkat tertinggi, yang boleh turun ke ruang sarkofagus yang sebenar di ruang bawah tanah untuk berdoa. Ruang sarkofagus palsu di bahagian permukaan makam terbuka untuk semua pengunjung termasuk orang ramai.

Benda yang sama berlaku pada Ataturk, dan bukan sesuatu yang ganjil apabila mayatnya diawet, dan dibiarkan untuk tempoh tertentu sebelum akhirnya ditanam dibawah makamnya.

Ada makam palsu dibina di atas, untuk proses penghormatan, kemudian dibawah tanah ada keranda yang sebenar, dan orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

Akhir kata, usahlah dok layan cerama sejarah Uthmaniyyah yang terlalu berlebih-lebih romantismnya. Carilah sumber yang neutral, yang tak terikat dengan semangat islamisasi, nasionalis berlebihan sampai kisah sebegini boleh timbul.

Sejarah harus bebas dari apa jenis ideologi!

BACA:

Berang aduan tak dilayan dengan alasan tiada peruntukan, sekali lain pula yang jadi bila guru ini panjat siling kuarters

Betul ke orang-orang Sarawak rumah atas pokok? Lelaki ini dedah kisah sebenar ramai tak tahu