Gara-gara kongsi gambar pakaian dalam, komen instagram Ameera Khan diserang lelaki gatal

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara kongsi gambar pakaian dalam, komen instagram Ameera Khan diserang lelaki gatal.

personaliti media sosial Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila adik kepada selebriti Neelofa itu memuat naik foto menggantung coli di balkoni di sebuah hotel.

Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, yang kini berada di Perancis dilihat memuat naik hantaran berkonsepkan rona merah di Instagram miliknya

Gara-gara kongsi gambar pakaian dalam, komen instagram Ameera Khan diserang lelaki gatal

Dengan berkongsi foto buah strawberi, foto wajahnya dan sepasang baju dalam yang digantung di luar balkoni.

Tanpa sebarang kapsyen, influencer berkenaan hanya meletakkan beberapa emoji dengan lambang buah strawberi dan ciuman.

Netizen menyelar tindakan Ameera memuat naik foto pakaian dalam.

Tindakan yang dilakukan Ameera itu bagaimanapun menerima kecaman netizen apabila rata-ratanya menyifatkan dia tidak mempunyai sifat malu kerana menayangkan pakaian dalam dipercayai miliknya.

“Astagfirullahalazim. Sifat malu bukan saja membabitkan hubungan sesama manusia, malah rasa mula juga mesti ada antara diri dengan Allah.

“Aku gara-gara tak nak jiran tengok baju dalam, seluar dalam tak akan jemur dekat luar. Yang dia ni buat tatapan jutaan pengikut lagi. Ish tak ada sifat malu.

“Tak malu dekat abang ipar ke,” tulis netizen.

Pada Mac lalu, Ameera dikecam kerana berkongsi foto berpakaian seksi ketika berada di Paris dengan menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya.

Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu.

Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh Ameera itu tidak seseuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengejarkan ibadah umrah.

baca:

Hanya kerana pakai rantai ketika konsert Big Stage, netizen label terus ‘kafir’ sekali ini jawapan padu tuan badan

Kecoh kes nenek saman cucu berebut harta Jamaludin Jarjis, ini punca kematian Jamaludin Jarjis yang ramai tak tahu