‘Patutlah ramai lelaki lembut’, rupanya ini yang cikgu ajar dekat sekolah?

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

‘Patutlah ramai lelaki lembut’, rupanya ini yang cikgu ajar dekat sekolah?

Sejak kehadiran aplikasi TikTok, dapat dilihat orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun selesa tanpa mengira jantina

seolah lebih selesa untuk menari serta dikongsikan untuk tontonan orang ramai.

'Patutlah ramai lelaki lembut', rupanya ini yang cikgu ajar dekat sekolah?

Hal ini turut dikaitkan dengan kehadiran lagu-lagu yang tular pada ketika itu di mana terdapat pengguna TikTok yang memilih untuk turut serta dalam trend tersebut.

Terbaharu, bersempena dengan sambutan Hari Guru, tular sebuah video menerusi perkongsian Instagram @ahhauanakmalaysia yang menyaksikan seorang pelajar lelaki yang didakwa berbakat dalam menari lagu yang dipopularkan oleh Jisoo Blackpink bertajuk Flower.

Tampil dengan baju unit beruniform, tarian pelajar lelaki ini telah mendapat galakan daripada guru dalam video serta turut ditonton oleh para pelajar lelaki dan perempuan.

Meskipun mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, para netizen berpendapat tarian yang dipamerkan seolah tidak bersesuaian dengan pelajar lelaki.

Malah, terdapat netizen yang mempersoal sekiranya mengajar lelaki menari tarian seperti ini sebagai child grooming.

Tidak kurang juga yang berpendapat aktiviti ini seolah membentuk seorang lelaki untuk menjadi ‘lembut’. Berikut merupakan respon netizen terhadap tarian pelajar ini.

Sementara itu, netizen berpendapat terdapat banyak lagi aktiviti atau tarian lain yang boleh diajarkan oleh para guru dalam membentuk karakter seseorang pelajar.

BACA:

Rupanya dekat Malaysia pun dah ada loji Nuklear yang ramai tak tahu

“Suatu malam aku bertengkar dengan isteri sampai menangis sekali dia pun buka mulut, kata-katanya buat aku terduduk!”