Cuba raih simpati jual kisah keguguran, undang komen netizen ‘patutlah Hafiz Roshdi buat hal’ rupanya Shuhada ‘red flag’.
Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini berkongsi kisah duka tentang keguguran anak ketiganya.
Namun perkongsian itu menerima kritikan warganet kerana video tersebut dilihat hanyalah untuk mempromosikan tudung.
Kisah sedih Shuhada
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuhada meluahkan tentang keterujaanya ketika mengetahui dia hamil.
Doktor cakap baby dah besar dan sudah boleh diberi nama. Jadi saya pun berborak dengan anak-anak yang saya akan memanggilnya Uwais.
Bagaimanapun, Shuhada tetap reda menerima takdir yang tertulis dan dia turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat melahirkan anak bongsunya itu.
Saya hanya berdoa agar Allah redakan hati saya dengan takdir hidup saya. Semoaga Allah redakan juga hati anak-anak saya. Umairah ada kata ‘Uwais tunggu kita di syurga kan ibu?’
Ibu minta maaf sebab tak berjaya keluarkan Uwais ke dunia yang agak kejam ini.
Teguran netizen
Pada akhir video tersebut, terselit satu iklan tudung yang telah mendapat kritikan warganet di ruangan komen. Warganet dilihat kurang senang dengan tindakan pengasas tudung tersebut yang sengaja menggunakan simpati kepada kisah sedih Shuhada.
Walau bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah dipadam
BACA:
Black Hanifah didakwa beli kapa mewah hasil ‘cuci duit’, sekali ini respon tuan badan
Betul ke kaum Cina pembayar cukai paling besar dalam negara?