Rupanya ini punca sebenar bangunan KWSP terbakar lagi sekali buat ramai nak tahu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pacific Senior Living (Pacific)
Mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)
Tujuannya bagi mengenal pasti punca kebakaran dan menilai kerosakan bangunan lama KWSP di Petaling Jaya yang terbakar semalam.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam kenyataan berkata, Pacific merupakan pemaju yang sedang melaksanakan kerja pengubahsuaian semula bangunan tidak berpenghuni di Jalan Gasing itu sebagai kemudahan kediaman warga emas selepas memeterai perjanjian pajakan selama 30 tahun dengan KWSP pada 6 April 2022.
Katanya, Pasific memulakan kerja perobohan di bahagian dalam bangunan mengikut rancangan pengubahsuaiannya.
Kebakaran semalam hanya membabitkan tingkat empat dan lima, dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ini kali kedua bangunan itu terbakar selepas insiden sama pada Februari 2018.
Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP turut merakamkan penghargaan kepada JBPM atas tindakan pantas mengawal kebakaran
BACA:
Tak sangka! Rupanya dari sini Anwar Ibrahim dapat gelaran ‘Non’ yang ramai tak tahu
Nak bawah harga market, individu dedah beli rumah lelong sekali dapat kilang proses ganja