5 negara rehat paling lama, no.1 dengan no.2 rehat sampai 3 jam mat!
Kebiasaannya, setiap pekerja diberikan waktu rehat pada tengah hari.
Bergantung pada polisi syarikat, waktu rehat tengah hari biasanya dari pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, atau 1 petang hingga 2 petang.
Ketika tempoh inilah para pekerja boleh menikmati makan tengah hari, solat (bagi Muslim) atau berehat.
Di Malaysia, rata-rata syarikat memberikan tempoh masa 1 jam sahaja bagi waktu rehat tengah hari ini dan pekerja perlu menggunakan tempoh masa ini dengan sebaiknya.
Namun, tahukah anda bahawa ada negara yang memberikan tempoh rehat tengah hari yang lebih panjang sehingga 2 jam lamanya? Benar. Kali ini, mari lihat beberapa negara yang memberikan masa rehat pada waktu tengah hari yang lebih panjang kepada para pekerja di negara mereka.
5. Brazil – 2 jam
Makan tengah hari di Brazil adalah perkara yang serius. Tidak seperti kebanyakan dari kita yang tergesa-gesa makan atau makan di meja kerja sambil membuat kerja, orang Brazil mengambil masa yang sesuai untuk keluar makan tengah hari.
Mereka melangkah keluar dari pejabat mereka, pergi ke restoran dengan rakan sekerja, meluangkan masa untuk menikmati makanan dan menikmati perbualan yang baik semasa mereka makan.
Masa rehat tengah hari biasanya antara 12 tengah hari sehingga 2 petang. Sudah menjadi kebiasaan untuk pekerja pulang ke rumah menikmati makan tengah hari bersama keluarga.
4. China – 2 jam
Waktu bekerja biasa di China biasanya antara jam 08:00 dan 18:00 setiap hari, dengan rehat makan tengah hari dari jam 12 tengah haari hingga 2 petang. Walau bagaimanapun, variasi tempatan mungkin berlaku disebabkan perbezaan masa atau dasar di bandar yang berbeza. Sebagai contoh, hari bekerja di Xinjiang biasanya bermula dari 09:00 atau 10:00 disebabkan oleh longitudnya.
Tempoh masa rehat tengah hari yang panjang ini adalah kerana sudah menjadi tradisi di sana pekerja akan tidur “power nap” sebentar setelah makan tengah hari. Dalam Islam, amalam tidur sebentar ini dikenali sebagai “Qailulah” iaitu tidur sebentar sebelum waktu Zuhur yang membantu memberikan tenaga.
3. Perancis – 2 jam
Sudah menjadi kebiasaan pemilik kedai di seluruh Perancis sama ada di Paris yang sibuk atau luar bandar Provence untuk ditutup antara sekitar jam 2 petang dan 4 petang. Hal ini kerana tempoh masa ini adalah waktu makan tengah hari dan rehat petang untuk kanak-kanak sekolah dan orang dewasa yang bekerja.
Menurut penerbitan digital Perancis berbahasa Inggeris thelocal.fr, tinjauan mendapati bahawa 43 peratus pekerja Perancis menghabiskan lebih daripada 45 minit untuk makan tengah hari setiap hari -peratusan tertinggi daripada 14 negara yang dikaji.
2. Greece – 3 jam
Rehat makan tengah hari yang panjang di Greece bukanlah tentang waktu berehat. Ia juga berakar pada waktu makan tradisional. Orang Yunani melihat makan tengah hari sebagai hidangan terbesar pada hari itu, yang bermakna ia mengambil lebih banyak masa untuk menikmatinya.
Kebanyakan orang pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan tidur sebentar sekitar jam 2 petang, kembali ke tempat kerja pada jam 5 petang, iaitu kira-kira apabila hari kerja Amerika semakin perlahan.
Di Greece zaman moden, makan tengah hari yang besar tidak begitu diamalkan lagi disebabkan oleh pengenalan polisi baru bekerja dari 9 hingga 5 biasa, yang sepadan dengan gaya hidup profesional di negara-negara lain.
1. Sepanyol – 3 jam
Di Sepanyol, kebanyakan syarikat rehat antara jam 2 petang dan 5 petang, kemudian bekerja tiga jam lagi sebelum berhenti bekerja untuk hari tersebut. Di Sepanyol, orang biasanya makan lewat, sekitar jam 10 malam. Tambahan pula, cuaca di luar mula panas dari pukul 2 petang. yang menjejaskan produktiviti pekerja, yang oleh itu boleh menggunakan masa rehat untuk berehat juga.
Orang Sepanyol sangat berpegang teguh pada tradisi. Tahun lepas kerajaan Catalonia mengundi untuk menamatkan hari kerja pada pukul 6 petang. Mereka merasakan tradisi makan pada lewat malam tidak bagus untuk kesihatan rakyatnya.
Selain itu, ramai kanak-kanak di sana terpaksa menyertai pelbagai aktiviti selepas waktu sekolah sehingga lewat malam kerana ibu bapa mereka lewat pulang ke rumah setiap hari Budaya tempoh rehat panjang ini juga dikenali sebagai “siesta”.
BACA:
PTPTN dedah ada IPT swasta tipu tempoh pengajian demi keuntungan berlipat ganda