Lelaki transgender dakwa payudaranya berjaya hasilkan susu, siap tunjuk pam yang tak tahan tu!

Oleh GEMILANGDAILY

Lelaki transgender dakwa payudaranya berjaya hasilkan susu, siap tunjuk pam yang tak tahan tu!

Seorang lelaki yang merupakan transgender mengakui badannya berjaya menghasilkan susu.

Pengguna TikTok nominal.naomi turut menyatakan dia mengambil sejenis ubatan bagi merangsang penghasilan susu ibu.

Lelaki transgender dakwa payudaranya berjaya hasilkan susu, siap tunjuk pam yang tak tahan tu!

Malah menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang bayi sedang minum botol yang didakwa mengandungi susu ibu.

“Saya baru lepas mengepam susu,” ujarnya di halaman Twitter.

Bukan itu sahaja, dia turut memetik laporan daripada perpustakaan perubatan yang menunjukkan bahawa lelaki yang percaya diri mereka sebagai wanita telah mengambil ubat-ubatan yang berlebihan pada masa lalu untuk merangsang penyusuan walaupun bukan wanita.

Lelaki yang disebut dalam satu artikel dinasihatkan untuk mendorong peenghasilan susu ibu walaupun telah ditetapkan clonazepam, zolpidem, dan estradiol oral.

Untuk kategori ini, ubat bagi menghasilkan susu ibu ditambah, terutamanya domperidone, estradiol, dan progesteron.

Dia juga menyatakan terdapat ubat yang digunakan untuk meniru kehamilan.

BACA:

‘Suruh aku advance gaji bulan yang dah lepas?’, ingatkan masalah air dan jalan je, Kelantan FC pun masalah juga tak bayar gaji pemain?

5 negara rehat paling lama, no.1 dengan no.2 rehat sampai 3 jam mat!