Bengang member group whatsapp selalu share gambar payudara wanita, lelaki ini nekad left group whatsapp.
Seorang lelaki mendedahkan rakan-rakannya sering memuat naik gambar yang menunjukkan ‘aset’ wanita di dalam ‘WhatsApp group’ mereka.
‘Tak rugi hilang kawan..’
Menerusi satu ciapan di Twitter, lelaki tersebut mendakwa di dalam ‘WhatsApp group’ itu semuanya terdiri daripada lelaki yang menganggap perbuatan mereka itu hanyalah sekadar gurauan.
Namun tidak pula bagi lelaki tersebut yang bertindak menegur perbuatan rakan-rakannya dengan menyifatkan perbuatan mereka itu seolah-olah tidak menghormati kaum wanita.
Awak semua kalau suka sangat tangkap gambar dan kongsi gambar punggung atau payudara entah siapa-siapa, aku keluar. Tak perlu masukkan aku lagi.
Semua dah besar, ada yang dah ada anak bini jadi fikirlah sendiri. Mungkin bukan hari ini tapi mesti kena punya satu hari nanti.
Selepas berbuat demikian lelaki tersebut mengambil keputusan untuk meninggalkan ‘WhatsApp group’ berkenaan. Malah dia juga menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak rugi jika kehilangan rakan-rakan seperti itu.
BACA:
Bakal suami Shila Amzah sama umur dengan adik, Syada Amzah tak bersedia nak gelar Ubai ‘abang’