Ceroboh masuk kawasan perkarangan Masjid, Menteri buat hal lagi!

Oleh GEMILANGDAILY

Ceroboh masuk kawasan perkarangan Masjid, Menteri buat hal lagi!

Menteri ‘ekstremis’ Israel, Itamar Ben-Gvir sekali lagi mengundang kontroversi

Apabila beliau menceroboh masuk ke kawasan pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) pada Ahad.

Ceroboh masuk kawasan perkarangan Masjid, Menteri buat hal lagi!

Tindakan provokasi itu dilakukan tiga hari selepas Ben-Gvir bersama ribuan ekstremis Yahudi berarak di Kota Lama sempena memperingati insiden Baitulmaqdis jatuh ke tangan rejim Zionis ketika Perang Enam Hari pada 1967.

“Baitulmaqdis adalah jiwa kami. Amaran Hamas tidak akan menghalang kami. Saya menuju ke Gunung Kuil,” katanya merujuk kepada panggilan Yahudi di kawasan suci tersebut.

Hamas yang mentadbir Genting Gaza mengecam tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel tersebut selepas kritikan sama pernah dibuat pada Januari lalu.

“Rejim Zionis akan bertanggungjawab atas pencerobohan menteri ekstremis mereka bersama pelampau Yahudi.

Tindakan biadab mereka mengancam kesucian al-Aqsa selain mempamerkan keangkuhan menteri berhaluan kanan tersebut,” tegas gerakan itu menerusi Telegram.

Ben-Gvir (kiri) diiringi pemimpin Yahudi ketika memasuki Haram al-Sharif pada Ahad. - Foto AFP

Jordan dalam satu kenyataan juga mengutuk tindakan provokatif melampau Ben-Gvir yang disifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima dan berpotensi meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.

“Ia adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa, status quo Baitulmaqdis dan tapak sucinya secara jelas,” kata jurucakap Kementerian Luar Amman, Sinan Majali.

Dalam perkembangan lain, ahli politik kanan Israel dijadualkan mengadakan mesyuarat kabinet jarang berlaku di Baitulmaqdis selepas gencatan senjata dicapai pada 13 Mei lalu untuk menamatkan pertempuran rentas sempadan yang meragut 33 nyawa

BACA:

Mengaku anak tiri Zahid Hamidi, sekali lain pula jadi bila Nurul Zahid sekolahkan buat netizen puas hati

Lelaki transgender dakwa payudaranya berjaya hasilkan susu, siap tunjuk pam yang tak tahan tu!