Kecoh bangkai kapal perang Russia dengan emas RM530 billion ditemui, emas tu milik kerajaan atau milik orang yang jumpa?

Oleh GEMILANGDAILY

Kecoh bangkai kapal perang Russia dengan emas RM530 billion ditemui, emas tu milik kerajaan atau milik orang yang jumpa?.

Sebuah pasukan pengesan Korea Selatan dilaporkan menemui bangkai kapal perang Russia

Yang dipercayai mengandungi emas bernilai kira-kira AS$130 bilion (RM530.70 bilion), lapor Channel NewsAsia (CNA) hari ini.

Kecoh bangkai kapal perang Russia dengan emas RM530 billion ditemui, emas tu milik kerajaan atau milik orang yang jumpa?

Laman berita itu memetik satu laporan akhbar Britain, Telegraph sebagai berkata, kapal itu karam ketika pertempuran di laut 113 tahun lalu dan dikatakan mengandungi jongkong dan syiling emas.

Syarikat Korea Selatan itu, Shinil Group berkata, ia menemui kapal Dimitrii Donskoi berhampiran pulau Ulleungdo.

Pasukan itu terdiri daripada pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada. Mereka menemui bangkai kapal itu pada Ahad lalu dengan menggunakan dua kapal selam untuk merakam gambar kapal itu, kata Telegraph.

Rakaman video menunjukkan kerosakan teruk pada kapal disebabkan pertembungan dengan kapal perang Jepun pada Mei 1905, kata Telegraph.

Rakaman turut menunjukkan meriam, senapang dek, sauh dan kemudi kapal itu dipenuhi tumbuhan marin.

“Badan kapal ini rosak teruk akibat tembakan dengan bahagian belakangnya hampir pecah, namun bahagian tepi dan tepi kapal masing dalam keadaan baik,” menurut kenyataan Shinil Group.

Kapal Dmitrii Donskoi direka sebagai penyerang perdagangan dan sebahagian daripada Perang Russia-Jepun pada 1904. Kapal itu banyak menghabiskan masa beroperasi di Mediterranean dan timur dunia.

Menurut BBC, ada pakar mengesyaki kemungkinan kapal itu membawa emas dengan mempersoalkan mengapa sebuah kapal perang membawa kargo yang sebegitu berharga.

Namun, syarikat yang melakukan penemuan itu berjanji untuk menggunakan sebahagian daripada hasil jualan bagi membiayai pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan Russia dan Korea Selatan menerusi Korea Utara, kata Telegraph.

Katanya, separuh daripada harta itu akan diserahkan kepada kerajaan Russia, sementara baki 10 peratus lagi akan digunakan sebagai pelaburan pelancongan di pulau Ulleungdo.

Sebahagian daripada harta itu juga akan didermakan untuk beberapa projek bersama untuk mempromosikan timur laut Asia.

BACA:

Suratan atau kebetulan? Pencinta seni terkejut melihat ‘iPhone’ pada lukisan 1882 cetus teori kembali ke masa lalu

“Aku cabar dan paksa suami ceraikan aku..rupanya kekasih cuma mahukan tubuh je”, Wanita ini dedah kisah buat dia menyesal tak sudah