Rupanya 1 Malaysia kena prank dengan Sharnaaz Ahmad, dia tak bertunang pun sebenarnya..
Baru-baru ini tular foto yang memaparkan pelakon, Sharnaaz Ahmad lengkap berpakaian berbaju Melayu bersama anak lelakinya,
Jebat Jayden bersama seorang wanita yang mengenakan persalinan sedondon berwarna biru muda,
seolah-lah memberikan “hint” bahawa dia sudah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya iaitu pelakon, baharu, Amelia Christie Lim.
Hanya Mempromosikan Produk Kesihatan
Walaubagaimanapun, persoalan kini telahpun terjawab apabila Sharnaaz berkongsi satu video di Instagram miliknya,
hanyalah mempromosikan produk kesihatan yang dikenali sebagai Berryfull.
“Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba 🔥 . Maaf ya 🙏🏻😅.”-kapsyen Sharnaaz di Instagram
“Kau Game Aku!!.”
Di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen selepas menjadi mangsa ‘prank’ Sharnaaz, malah ada yang memuji kebolehan Jebat dalam berlakon di samping bapanya itu.
View this post on Instagram
“G, Farah G! Itu Farah G.”-Safwan Nazri
“Kau game aku!!.”-Hairul Azreen
“Congrats btother.”-Wak Doyok
“Kami terkenaaa 😂😂.”-Marsha Milan
“Hahahha membuat betoii.”
“Aduh mamu ni saja nak prank kami kan. Haha.”
“Hahahha kos dia punya marketing tu uish haha anak hantu betui.”
“Pandai Jebat berlakon.”
“Hahahaha ingatkan mamu nak kawen dah.”
Ternyata hanya gimik ya, Sharnaaz tidak melangsungkan pertunangan seperti yang dimaksudkan oleh orang ramai.
Terdahulu, perkongsian Sharnaaz yang telah dipadam mengundang spekulasi orang ramai lebih-lebih lagi dengan tanda pagar yang digunakan iaitu #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.
BACA:
Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya