Ramai tak tahu, ini orang Melayu pertama yang tunaikan Haji ketika zaman kerajaan Uthmaniyyah yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Ramai tak tahu, ini orang Melayu pertama yang tunaikan Haji ketika zaman kerajaan Uthmaniyyah yang ramai tak tahu.

Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima yang patut dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Justeru, umat Islam terutama dari belah Alam Melayu pastinya teringin menjejakkan kaki di Baitullah.

Ramai tak tahu, ini orang Melayu pertama yang tunaikan Haji ketika zaman kerajaan Uthmaniyyah yang ramai tak tahu

Tetapi tiada siapa menyangka orang Melayu pertama yang menunaikan haji ialah laksamana Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah.

Keterangan beliau melaksanakan ibadat haji ini direkodkan dalam Hikayat Hang Tuah. Para sejarawan percaya ia dibuat semasa rombongan Hang Tuah dalam perjalanan ke Turkiye yang diperintah Turki Uthmaniyah.

Rombongan tersebut pergi ke sana demi mendapatkan ubat bedil dan meriam-meriam untuk tujuan pertahanan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

Untuk perjalanan ini, Hang Tuah mengetuai 42 buah kapal yang disokong oleh 1,600 orang anak kapal. Rombongan kapal KMM ini diketuai oleh kapal Mendam Berahi dan Sairul’alamin.

Mendam Berahi diketuai oleh Hang Tuah dengan seorang pembesar bernama Maharaja Setia mengetuai kapal Sairul’alamin. Selepas berlayar beberapa ketika dari Melaka, rombongan singgah seketika di Acheh untuk mengisi bekalan untuk pelayaran selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan.

Selepas dua bulan berlayar di lautan, rombongan KMM tiba di Jeddah. Jeddah pada ketika itu merupakan sebuah pelabuhan yang sibuk dengan terlalu banyak kapal dilaporkan berlabuh.

Semasa di sini, seorang syahbandar mencadangkan kepada rombongan Hang Tuah agar mengambil kesempatan menunaikan haji di Makkah memandangkan ketika itu merupakan musim haji. Syahbandar ini juga turut mencadangkan kepada Hang Tuah agar menziarahi makam Siti Hawa bagi mengambil berkat.

Kisah kehadiran rombongan KMM ini tersebar luas dan turut diketahui oleh Syarif Makkah berdarah Qitadah, Syarif Ahmad Zainul Abidin. Lantas, rombongan KMM bergerak ke Makkah dan melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Hang Tuah juga bertuah kerana diberi peluang memasuki Kaabah dan menunaikan solat di dalamnya.

Selepas selesai menunaikan semua rukun haji, rombongan KMM kemudiannya bertolak ke Madinah. Setibanya di kota Rasulullah s.a.w itu, mereka diberi sambutan meriah oleh pemerintah Madinah merangkap saudara kepada Syarif Ahmad, Syarif Bahar Lauddin Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari berada di sana termasuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w, rombongan Hang Tuah bertolak semula ke Jeddah dan meneruskan perjalanan ke Turkiye.

Tidak ramai sedar betapa signifikannya kepentingan perjalanan beliau itu. Dengan mengerjakan ibadat haji, ini menjadikan rombongan KMM termasuk Hang Tuah sebagai orang Melayu pertama yang berbuat demikian.

Jika diamati teks-teks Melayu ketika itu, jarang soal haji diketengahkan terutama dalam kalangan pemerintah Melayu.

Logiknya, dari segi kemampuan terutama kewangan dan kesihatan, itu cukup bagi melayakkan mereka berangkat ke Tanah Suci dan menunaikan rukun Islam kelima. Tetapi jika dilihat semula dari konteks kuasa terutama di peringkat serantau, fahamlah kenapa mereka tidak terlalu memikirkan sangat hal ini.

Jika mereka pergi menunaikan haji, kebiasaannya mereka akan meninggalkan negeri selama beberapa bulan. Sementara ketiadaan mereka, urusan pemerintahan dipangku oleh raja muda atau pembesar (jika raja muda masih lagi kecil).

Ingat takhta kosong ini tiada siapa nak ambil kesempatan ke? Bila ada kekosongan, maka bersedia sajalah negeri dilanda kacau-bilau bila ada yang cuba merampas takhta semasa sang pemerintah tiada.

Selain itu, kekosongan takhta pastinya mendorong pemerintah wilayah jajahan mencari cara untuk melepaskan diri.

Sudah pastinya, mereka akan melancarkan pemberontakan atau mengisytiharkan kebebasan sebagai tanda menolak diperintah oleh sesebuah kerajaan atau raja. Bila itu berlaku, hilanglah prestij dan pendapatan ekonomi sesebuah kerajaan kerana kehilangan wilayah jajahan mereka.

Bila difikirkan dua sebab ini, dapatlah difahami mengapa para pemerintah Melayu silam tidak terlalu memikirkan sangat soal haji. Siapa tak teringin lebih-lebih lagi selepas mendengar syarahan alim ulama di istana.

Tetapi bila memikirkan bahaya yang menanti sekiranya negeri kosong tanpa pemerintah, maka pengorbanan terpaksa dilakukan demi menjaga keselamatan rakyat dan kestabilan negeri mereka.

Namun begitu, itu bukan bermakna pemerintah Melayu terutama KMM tak berminat untuk berangkat ke Makkah. Sebaliknya, ada dua pemerintah KMM yang teringin menunaikan haji iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah.

Kedua-duanya telah membuat persiapan rapi untuk menunaikan haji. Tetapi sayangnya, kedua-duanya mangkat sebelum sempat berbuat demikian.

Mungkin atas sebab inilah, Hang Tuah tidak menceritakan kisahnya menunaikan haji di Baitullah sebaik pulang ke Melaka. Ini kerana keutamaan rombongan KMM ketika itu ialah mendapatkan ubat bedil dan meriam-meriam untuk Melaka.

Sementara ibadat haji yang dikerjakan pula bersifat peribadi lagi-lagi dengan pengalaman rohani yang dialami di sana. Tetapi dalam hati, pastinya rasa syukur tak terhingga kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah di sana.

BACA:

Rupanya 1 Malaysia kena prank dengan Sharnaaz Ahmad, dia tak bertunang pun sebenarnya..

Kecoh bangkai kapal perang Russia dengan emas RM530 billion ditemui, emas tu milik kerajaan atau milik orang yang jumpa?