Gesel tak bertempat, lelaki hidung belang sengaja ambil kesempatan dalam bas sekali lain pula jadi bila kantoi.
seorang lelaki yang didakwa cuba membuat gangguan seksual di dalam bas mengundang padah selepas dia ditampar oleh wanita terbabit.
Video berdurasi satu minit 19 saat itu menunjukkan wanita tersebut berkali-kali memukul dan menampar wajah lelaki yang dipercayai mengganggunya.
Situasi tegang itu dikatakan berlaku di dalam bas yang dalam perjalanan dari Mandya menuju ke Karnataka, India.
Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila lelaki yang tidak dikenali itu didakwa mula mengusik dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya.
Meskipun sudah diberi amaran, lelaki itu difahamkan masih berterusan mengganggu wanita terbabit.
Bagaimanapun, setelah ‘dibelasah’, lelaki itu kemudiannya turun dari bas dan kemudian melarikan diri.
Video yang dikongsi secara meluas di platform media sosial menjadi bualan ramai kerana ia menyerlahkan keberanian seseorang wanita dalam mempertahankan maruahnya.
Namun agak menyedihkan apabila melihat tiada orang awam yang cuba membantu meskipun kejadian itu berlaku di depan mata mereka.
Rata-rata warga maya yang menonton video berkenaan turut memuji langkah berani yang diambil wanita itu.
“Bagus, begitulah (hukuman) yang seharusnya kita beri kepada pelaku. Patut tendang lagi dia beberapa kali,” tulis Yugal Nachiketa
“Seorang wanita diganggu oleh lelaki di hadapan orang ramai, (tetapi) tiada siapa campur tangan. Rakyat negara ini menyedihkan,” ujar Vidya
BACA:
Tak sangka! Rupanya inilah pencipta logo android yang ramai tertanya-tanya siapakah gerangannya