Air ketuban pecah tengah malam, Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi

Oleh GEMILANGDAILY

Air ketuban pecah tengah malam, Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi.

Apabila air ketuban telah pecah, ia menandakan bayi dalam kandungan akan keluar tidak lama lagi.

Sepanjang itu, perawat akan memeriksa bukaan rahim sama ada sudah boleh ditolak masuk ke dewan bersalin ataupun tidak

Air ketuban pecah tengah malam, Doktor boleh pula pergi tidur dulu sekali malang menimpa ibu dan bayi

Detik ini sebenarnya amat getir memandangkan ada kemungkinan si ibu terpaksa melahirkan secara czer jika perlu.

Isteri alami tanda-tanda bersalin, jam 10.00 malam dibawa ke pusat rawatan

Namun bagi seorang lelaki bernama Encik Tika ini, siapa sangka penantian isterinya untuk bersalin berakhir dengan berita duka.

Mengimbau kejadian yang berlaku pada 9 Mei lalu, dia membawa wanita berkenaan ke sebuah pusat perubatan pada jam 10.00 malam memandangkan sudah ada tanda-tanda bersalin. Pada jam 1.30 pagi, air ketuban telah pecah.

Isteri dibiarkan tanpa pantauan…Doktor tidur dulu

Pun begitu, Encik Tika mula merasakan pihak pusat rawatan itu seakan acuh tidak acuh.

Hingga jam 3 pagi, isterinya masih dibiarkan tanpa pantauan. Malahan jururawat dan doktor dikatakan pergi tidur terlebih dahulu.

Risau sesuatu yang buruk terjadi memandangkan sudah hampir 4 jam berlalu, dia selaku suami tidak sedap hati dan bertanya tentang keadaan wanita berkenaan. Namun sekali lagi, dia cuma disuruh untuk tunggu, tunggu dan tunggu.

Isteri & bayi dalam kandungan gagal diselamatkan

Tepat jam 5 pagi, barulah mereka bergegas untuk rujuk kondisi itu ke pusat kesihatan lain.

Malangnya semua sudah terlambat. Retak hati Encik Tika apabila mendapati isteri dan bayi dalam perut gagal diselamatkan saat tiba di sana.

Dia amat kesal dengan kelalaian pihak perawat di lokasi yang pertama kerana lambat bertindak.

Jika tidak boleh bersalin di situ, mereka patutnya maklumkan lebih awal. Sudah menerima permohonan maaf dari Ketua Perwakilan tempat rawatan berkenaan, dia tidak akan mengambil tindakan saman namun berharap kejadian sebegini tak berulang lagi.

BACA:

‘Kereta second kalau ada bau lipas, boleh picit harga lagi’, Ini 5 benda yang perlu diambil kira sebelum beli kereta terpakai

Ingatkan peti ais jatuh berdentum, rupanya bayi dicampak dari tingkat 18