Ibu bapa tak puas hati dengan keputusan SPM anak? Ini cara semak semula kertas peperiksaan ramai tak tahu.
Tak berpuas hati dengan keputusan SPM? Ini cara mudah mohon semak semula via online. Ibu bapa kena tahu ni
ADAKAH anda tahu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang telah diumumkan hari ini boleh disemak semula jika tidak berpuas hati?
Ya, sekiranya anda adalah pelajar atau ibu bapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan itu dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan, maka anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2022.
Pelajar dan ibu bapa yang curiga dengan keputusan SPM 2022 boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.
Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.
Cara memohon semakan semula keputusan SPM;
Menurut KPM terdapat dua kaedah untuk membuat semakan semula keputusan SPM.
Pelajar dan ibu bapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut langkah yang dikongsikan di bawah:
1. Mengisi borang permohonan secara online;
Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
Sila isikan borang permohonan secara online.
Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.
Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
Tiada caj dikenakan.
Sila isikan borang permohonan secara online.
Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.
Baca juga [VIDEO] Straight UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Peraturan permohonan semakan semula keputusan SPM 2021 yang pelajar and Ibu bapa perlu tahu;
1. Pastikan pelajar dan ibu bapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekali gus.
2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020).
3. Sila hubungi sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
4. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2022, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
5. Sekiranya pelajar ataupun ibu bapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
Baca juga Sijil SPM hilang? Jangan panik, mohon secara online
6. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)
7. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
8. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Maklumat lanjut bleh hubungi; [email protected] 03-8884 3785 / 3787 / 3788 / 3120 / 3132 atau https://lp.moe.gov.my
Semoga bermanfaat!
BACA:
Pengantin lelaki beri ikan laga sebagai mas kahwin kepada isteri undang perhatian netizen