Gara-gara kerap ke tandas ketika bekerja, lelaki ini dipecat.
Seorang lelaki di China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja,
Media China baru-baru ini melaporkan satu kes pelik di mana seorang pekerja
bernama Wang menyaman majikannya atas alasan dia diberhentikan kerja secara salah.
Selepas menjalani pembedahan berkaitan masalah anorektal (dubur), Wang terpaksa berulang-alik ke tandas selama beberapa jam setiap hari kerana mengalami kesakitan dan ketidakselesaan.
Bekas majikannya berkata, dalam tempoh 10 hari, Wang telah meminta izin untuk ke tandas sebanyak 22 kali dan berada di sana antara 47 minit hingga enam jam.
Powered By
Dengan memetik buku peraturan kakitangan berkaitan kelewatan, meninggalkan kerja awal dan ketidakhadiran yang dibenarkan, syarikat dari Tianjin itu memberhentikan Wang.
Kedua-dua pihak terlibat dalam pertikaian undang-undang yang panjang sebelum akhirnya selesai pada tahun ini.
Mahkamah Tinggi Tianjin memutuskan bahawa tindakan Wang yang kerap ke tandas adalah tidak munasabah dan tidak memenuhi keperluan fisiologi biasa, justeru dia gagal mendapatkan semula pekerjaannya itu.
BACA:
Jokowi ditemani Anwar Ibrahim ‘gegar’ Chow Kit sekali lain pula yang terjadi