Suami terkejut pulang dari solat jemaah di masjid lihat isteri berduaan dengan kekasih sekali ini yang jadi

Oleh GEMILANGDAILY

Suami terkejut pulang dari solat jemaah di masjid lihat isteri berduaan dengan kekasih sekali ini yang jadi.

Seorang lelaki yang baru pulang daripada menunaikan solat tarawih di masjid terkejut apabila melihat

si isteri berdua-duaan dengan teman lelakinya di rumah mereka, lapor laman berita Okezone semalam.

Suami terkejut pulang dari solat jemaah di masjid lihat isteri berduaan dengan kekasih sekali ini yang jadi

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @hitzmedsos, seorang wanita memakai baju berwarna hijau dilihat sedang meminta maaf kepada suaminya sambil memegang kaki lelaki itu.

Wanita berkenaan menangis sekuat hati sambil meminta maaf.

Si suami yang kecewa, hanya mampu menyuruh wanita itu memanggil ibu dan bapanya tanpa dinyatakan sebabnya.

“Panggil ibu dan bapa kamu ke sini,” bentak lelaki tersebut.

Di belakang wanita berkenaan, seorang lelaki lain yang dipercayai kekasih gelap wanita tersebut dilihat sedang menutup wajahnya.

Kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai yang memenuhi rumah mereka.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tak dapat dibayangkan betapa hancurnya perasaan suaminya,” kata seorang netizen.

“Curang adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan. Memaafkan mungkin boleh seiring waktu berjalan, namun tidak untuk melupakan,” kata netizen lain.

BACA:

Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu

Gara-gara nak tarik customer wanita? Abang sado nekad buka baju ketika jual durian tarik perhatian