Selepas dipilih jadi tetamu Allah, remaja ini terima berita gembira dapat keputusan SPM 8A.
Selepas dipilih menjadi tetamu Allah, seorang remaja sekali lagi menerima berita gembira
Apabila mendapat keputusan 8A dalam kesemua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Menurut laporan Kosmo!, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan meraih A dalam subjek bahasa Melayu, Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Prinsip Perakaunan dan C bagi Matematik Tambahan.
Jemaah haji muda
Berikutan keputusan membanggakan itu, dia layak menerima anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Raub, Pahang.
“Amalan saya ialah fokus dalam kelas dan melakukan kerja rumah yang diberi guru di rumah. Saya tidak memasuki kelas tuisyen dan hanya belajar dengan guru sedia ada di sekolah.
“Saya akan mengaji selepas solat maghrib dan sentiasa berdoa agar diberikan kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan agama.
“Saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Kanada,” katanya yang ketika ini berada di Tanah Suci Mekah.
Bercerita lanjut, ibu Khuzaimah Abdul Talib, 58, dan bapanya Ramlan Abdul Majid, 60, mengambil keputusan berkenaan di sekolah sebelum mereka membuat panggilan video sekitar pukul 10 pagi waktu Malaysia.
View this post on Instagram
Rakaman panggilan video mereka dimuat naik oleh Kosmo! di laman Instagram sehingga meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah atas kejayaan diperolehi Nur Saffiyah.
BACA:
Menteri ini akui alami tekanan darah tinggi sejak memegang jawatan penting itu
Gara-gara memiliki buku agama, bayi berusia 2 tahun di Korea Utara dipenjara seumur hidup