Gara-gara dipaksa berhenti merokok, warga emas nekad tinggalkan rumah, menetap 14 tahun di lapangan terbang

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara dipaksa berhenti merokok, warga emas nekad tinggalkan rumah, menetap 14 tahun di lapangan terbang

Gara-gara mahu menjauhkan diri dari keluarga, seorang warga emas di China sanggup tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama 14 tahun.

Lapor Daily Mail, Wei Jianguo, 60, bertindak meninggalkan rumah selepas keluarganya memintanya untuk berhenti minum arak dan merokok.

Gara-gara dipaksa berhenti merokok, warga emas nekad tinggalkan rumah, menetap 14 tahun di lapangan terbang

Jianguo menyimpan barang miliknya, makanan dan beg tidur di tempat duduk di ruang menunggu di terminal lapangan terbang.

Katanya, dia tidak akan pulang ke rumah kerana akan dipaksa untuk berhenti minum dan merokok.

“Saya tidak mahu pulang ke rumah kerana tiada kebebasan di sana.

“Keluarga saya mengenakan syarat bahawa saya perlu berhenti merokok dan minum arak sekiranya mahu tinggal di rumah.

“Jika saya berbuat demikian, saya terpaksa memberi elaun bulanan kerajaan sebanyak 1,000 yuan (RM663) kepada mereka. Jadi, bagaimana saya dapat beli rokok dan arak ?,” katanya kepada China Daily pada 2018.

Rumah Jianguo terletak di Wangjing, kira-kira 30.57 kilometer (km) dari lapangan terbang tersebut.

Jianguo berpindah ke Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada tahun 2008.

Namun, Jianguo mengakui kadang kala dia turut menginap di Terminal Tiga di lapangan terbang itu.

Dilaporkan, Jianguo mula tidur di stesen kereta api dan lapangan terbang selepas bertengkar dengan keluarganya.

BACA:

“Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak, buang bila tak nak! Mak simpan saya kat rumah untuk jadi kuli je kan?”

Kereta Syamsul Yusof terbakar, sekali lain pula komen netizen