Jarang ada dirumah, wanita ini pelik bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini yang jiran sebelah buat selama 5 tahun

Oleh GEMILANGDAILY

Jarang ada dirumah, wanita ini pelik bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini yang jiran sebelah buat selama 5 tahun

Apalah nasib seorang wanita ini apabila terpaksa membayar bil eletrik rumahnya sehingga mencecah hampir ribuan ringgit setiap bulan.

Korang mesti terkejutkan kalau tengok bil rumah korang macam tu betul tak?

Jarang ada dirumah, wanita ini pelik bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini yang jiran sebelah buat selama 5 tahun

Wanita yang dikenali sebagai Eve Lim ini berkongsikan di laman Facebooknya mengenai kejadian tersebut mengatakan bahawa dia terpaksa menanggung sekitar RM700 sehingga RM800 sebulan.

Hal ini menyebabkan dia bertindak menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) banyak kali.

“Untuk selesaikan masalah ini saya hubungi TNB banyak kali.

Wanita Pelik Bil Elektrik Naik Sehingga RM1,500 Sebulan, Rupanya Tanggung Bil Jiran Selama 5 Tahun
Gambar Hiasan
“Saya juga ada lakukan pemeriksaan sendiri untuk selesaikan masalah ini. Pelik penggunaan saya tak sama dengan jumlah bil yang perlu saya bayar,” katanya.

Pada masa yang sama, masalah tersebut menjadi semakin teruk apabila pada bulan Julai tahun ini Eve menerima bil eletrik yang berjumlah sebanyak RM1,500.

Meskipun dia berasa amat terkejut dan juga m4rah, Eve tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk memanggil pihak TNB untuk menutup suis utama eletriknya untuk melihat sama ada meter tersebut terus dikira.

Wanita Pelik Bil Elektrik Naik Sehingga RM1,500 Sebulan, Rupanya Tanggung Bil Jiran Selama 5 Tahun
Namun tiada apa yang berlaku, bahkan lampu di rumahnya itu masih lagi terpasang dan juga kipas masih lagi berpusing walaupun suis utama telahpun dipadam.

Pada ketika itu, pekerja TNB ketawa kecil sambil mengatakan “Mari kita tunggu dan lihat”.

Setelah 5 minit berlalu, pembantu rumah jirannya datang dan bertanya kepadanya “Kenapa tak ada api?”. Gara-gara itu, akhirnya segala persoalan yang selama ini dibelenggu olehnya kini sudah terjawab.

Wanita Pelik Bil Elektrik Naik Sehingga RM1,500 Sebulan, Rupanya Tanggung Bil Jiran Selama 5 Tahun

Dahulu, pemaju rumah ketika itu tersalah meletakkan nombor rumah dan juga meter untuk kedua-dua rumah di situ. Ternyata, selama ini dia membayar bil eletrik rumah jirannya dekat 5 tahun dan jika dikira hampir RM15,000 yang sudah dibayar olehnya.

Eve juga turut menjelaskan bahawa ianya bukanlah kejadian kecurian elektrik di laman Facebooknya itu.

BACA:

“Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak, buang bila tak nak! Mak simpan saya kat rumah untuk jadi kuli je kan?”

Gara-gara buasir lelaki ini nekad beli tuala wanita sekali lain pula jadi undang reaksi netizen