Patutlah ramai lepasan SPM tak nak masuk politeknik, rupanya ini alasannya
Seorang pengguna berasa hairan pelajar menolak untuk ke politeknik sebagai tempat untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
Menerusi ciapan Twitter Jijo Fighter yang tular baru-baru ini meluahkan, dia sangat hairan tentang tanggapan orang ramai terhadap institusi politeknik.
“Hairan kenapa tidak mahu masuk politeknik ya. Ingat biasa-biasa ke politeknik ni? Sijil dia laku tau,” katanya.
Tambahnya, yuran kemasukan ke politeknik atau institusi kemahiran juga murah berbanding kemasukan ke institusi pendidikan swasta.
“Yuran pun murah. Daripada bergolok bergadai hendak masuk universiti swasta, lebih baik masuk politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) atau Institut Latihan Perindustrian (ILP). Tidak
menyusahkan hendak bayar hutang banyak-banyak nanti,” tegasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju pembiyaan kemasukan ke politeknik lebih murah dan pembelajaran di sana juga baik.
“Pandangan peribadi saya, daripada ambil diploma dekat universiti lain, lebih baik masuk politeknik. Murah sangat. Belajar pun tidak payah cakap, okay sahaja. ‘Confirm’ selepas habis belajar, kalau kau sejenis yang berdikari, mesti akan ada yang ambil kau kerja,” komen Kikijam.
“Betul. Rasanya kena beri pendedahan pada ibu bapa dahulu supaya mereka boleh memberi dorongan pada anak-anak. Zaman sekarang bukan zaman berlumba masuk universiti, tetapi cara macam mana hendak teruskan hidup dan masa depan. Salah satu dengan adanya kemahiran,” kata PerduCinta.
“Banyak kebaikan masuk politeknik sebenarnya, kualiti alumni politeknik juga bagus sebab mereka ada latihan praktikal. Bila masuk dunia kerja mereka jarang ada kejutan budaya. Jangan pandang rendah pada sesiapa yang sambung belajar ni politeknik ya,” sampuk Niniehasniza.
Perkongsian itu menjadi tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 769,000, 6,058 ulang ciap dan 11,000 tanda suka.
BACA: