Nasib tiada yang lalu, lebuhraya tiba-tiba runtuh rupanya ini kerja abang lori
Sebahagian lebuh raya bertingkat utama Amerika Syarikat (AS) runtuh di sini selepas sebuah lori tangki terbakar di bawahnya.
Gabenor Philadelphia, Josh Shapiro berkata, tiada kenderaan lain terlibat atau kecederaan dilaporkan berhubung insiden berkenaan.
Namun, pihak berkuasa masih mengenal pasti mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam kenderaan terbakar tersebut.
Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden tersebut akan menyebabkan kesesakan trafik besar-besaran memandangkan cuti musim panas bakal tiba tidak lama lagi.
Dianggarkan sebanyak 160,000 kenderaan melalui lebuh raya berkenaan setiap hari.
Persimpangan lebuh raya I-95 menghubungkan beberapa bandar utama AS dari Maine hingga ke selatan Florida.
Dalam pada itu, Shapiro memaklumkan, beliau akan menandatangani pengisytiharan bencana bagi mendapatkan dana percuma untuk membaikpulih bahagian lebuh raya yang runtuh tersebut.
Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa termasuk Biro Alkohol, Tembakau Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF) giat mengesan pemandu lori tangki itu.
Sementara itu, Presiden Joe Biden sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku dan beliau meminta pihak berkuasa sentiasa mengemas kini keadaan semasa.
BACA: