Tular Ust Ebit Lew bantu Mondy ibu tunggal merempat di jalanan, sekali individu ini dedah cerita sebenar disebalik tabir. Beberapa hari lalu, pendakwah Ebit Lew berkongsi kepada umum mengenai pertemuannya dengan seorang ibu tunggal di Jakarta, yang hidup merempat di jalanan.
Menariknya, ibu tunggal yang dikenali sebagai Mondy, 21, bertatu penuh di bahagian muka dan mempunyai seorang anak kecil berusia 4 tahun. Bagi menyara kehidupan mereka, Mondy bekerja sebagai penyanyi jalanan.
Difahamkan, Ebit Lew menawarkan diri untuk membantu Mondy yang mahu mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dan mengajaknya ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu.
Ramai pengikut pendakwah berkenaan memuji kemuliaan Ebit Lew yang sanggup membantu Mondy dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
‘Tak rasa bersalah guna agama untuk content?’
Ebit Liew ni sejak kena charged 11 pertuduhan berkaitan dengan masalah peribadi, masih tak serik ya?
Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestine, sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama utk content?
p/s: Plot Twist dkt dlm Thread ni. pic.twitter.com/93wBnQJ0rl
— Zac (@ZacZakirin13) June 14, 2023
Bagaimanapun disebalik kisah Mondy itu ternyata ada perkara yang tidak diketahui ramai. Ada netizen yang mendedahkan Ebit Lew tidak serik mempergunakan agama untuk dijadikan sebagai content murahan di media sosial.
“Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestine. Sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama untuk content?” kata Zac Zakirin.
Jelas Zac, dia tidak menyimpan sebarang perasaan benci terhadap pendakwah berkenaan tetapi perbuatannya yang menunggang agama untuk meraih populariti itu yang dipertikaikan.
“Gelandangan jadi model? Dulu orang taksub dekat Ebit Lew, angkat dia macam maksum sangat. Apa kau ingat Ebit Lew ke yang kena scam dengan perempuan ini?
“Dekat TikTok dia ni banyak content si Mondy. Tak ada pula dia post video tidur atas kotak depan pagar. Dah tak laku dekat Malaysia, buat hal di negara orang lain pula. Semoga Allah memberi petunjuk kepada saudara Ebit Lew untuk bertaubat,” katanya.
Gelandangan ada 900K+ followers di TikTok?
Turut bersuara mengenai isu yang sama, Caprice, yang memaklumkan dia sudah cuba membongkar perkara itu sejak dari dulu lagi tetapi ramai yang enggan percaya.
“2021 Cap dah cuba bongkarkan siapa mamat ni sebenarnya. Ramai yang tak percaya. Alhamdulillah slowly benda bongkar sendiri.
“Homeless model with 900,000+ followers? Content dia sebelum ini okay je,” katanya.
Di media sosial, netizen turut sependapat dan mempertikaikan status Mondy.
BACA JUGA :
Pemilik perniagaan tak sengaja terbuang sampah yang bernilai RM90000 sekali lain pula yang jadi