Shuib tak jemput Jep datang kenduri kahwin esok? Rupanya ini sebenarnya yang terjadi antara mereka
Isu perselisihan faham yang berlaku di antara pasangan pelawak popular tanah air, Jep dan Shuib Sepahtu bukanlah menjadi rahsia di kalangan pencinta seni hiburan tanah air.
Bukan sedikit lompong yang ditinggalkan Shuib selepas digantung stesen penyiaran Astro
Kerana gara-gara didakwa melakukan aksi lucah dalam satu siri Sepahtu Reunion Live (SRL), ianya juga menyebabkan siri tersebut dikatakan semakin hilang serinya.
Sering menampilkan lawak bersahaja, ramai berpendapat chemistry di antara kedua-dua pelawak tersebut menjadikan mereka di antara pelawak terbaik yang pernah dimiliki negara.
Bukan tiada yang cuba menjernihkan kembali hubungan mereka berdua., namun tindakan penggantungannya oleh Astro tanpa pembelaan sahabat baiknya sensiri menyebabkan Shuib begitu terluka.
Malah tindakan Shuib kembali ke pentas lawak menerusi program Ubi Superstar Live menjawab kerinduannya untuk tampil menghiburkan peminatnya, meskipun dalam pentas yang berbeza.
Sementara itu, menjelang pernikahan Shuib dengan Watie Hanifiah yang dijangka berlangsung esok, 23 Jun, peminat sekali lagi bertanyakan kehadiran Jep.
Mereka solah-olah dapat menghidu seolah-olah Jep tidak akan ke majlis bersejarah dua merpati sejoli itu sekalipun dijemput.
Apapun yang pasti, sudah pasti Jep akan mendoakan kebahagiaan Shuib, antara sahabat terpaling rapat yang tidak akan dapat digantikan dengan sesiapa.
BACA:
Wawa dedah pernah minta cerai, sekali ini yang Aeril Zafrel buat!