Bagus sangat ke bersalin di hospital swasta berbanding hospital kerajaan? Lelaki ini dedah hakikat sebenar yang mengejutkan!
Perbincangan mengenai bersalin di pusat rawatan swasta atau kerajaan sering sahaja menjadi perbualan hangat.
Bagi orang yang berkemampuan, rata-ratanya sanggup mengeluarkan kos yang banyak asalkan perjalanan bersalin mereka berjalan lancar dengan pelbagai kemudahan selesa di pusat swasta.
Manakala bagi yang kurang berkemampuan, mereka perlu bertandang ke pusat rawatan awam meskipun ia tidak ‘seindah’ pilihan pertama tadi.
Sejak akhir-akhir ini juga, golongan wanita mula memasang niat untuk beranak di pusat rawatan swasta selepas mendapati mereka boleh membayarnya secara ansur-ansur.
Malangnya stigma seperti itu mungkin boleh menyusahkan diri sendiri serta suami di masa hadapan memandangkan mereka tetap perlu mengeluarkan kos berlipat kali ganda berbanding pusat rawatan awam.
Bersalin Di Swasta Lagi Bagus Dari Kerajaan? Lelaki Bongkar Hakikat Mengejutkan
Namun melalui pendedahan seorang lelaki ini, mungkin pandangan anda boleh diperbetulkan semula.
Memiliki sanak saudara yang berlatarbelakangkan pakar perubatan, rupanya mereka sendiri cenderung untuk bersalin di pusat rawatan awam kerana petugas di sana mempunyai tahap kepakaran lebih tinggi.
Bahkan sekiranya berlaku sebarang komplikasi sewaktu bersalin di pusat bersalin swasta, si ibu akan dihantar ke perkhidmatan awam untuk menerima rawatan susulan.
Bergantung pada mesin sepenuhnya, tak boleh bercakap
Selain itu juga, seorang wanita sempat berkongsikan kisah tentang kejadian ibu hamil yang seolah-olah terancam nyawanya selepas staf di pusat kesihatan swasta membuat kecuaian.
Bukan sahaja mengalami bleeding teruk, malahan perkara itu menjejaskan kelangsungan hidupnya sehingga kini.
BACA: