Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000

Oleh GEMILANGDAILY

Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000.

Gara-gara memotong pokok mempelam milik seorang guru wanita, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya hari

Diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM40,000 selepas didapati bersalah menceroboh serta menebang pokok mempelam milik guru berkenaan, lima tahun lalu.

Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000

Hukuman terhadap kedua-dua defendan diputuskan Majistret Wan Suhaila Mohd selepas mendapati wujud pencerobohan yang dilakukan Unit Tindakan Khas (UTK) MPK

Berlaku di kawasan rumah guru berkenaan di Kampung Mak Chili Paya di sini pada 11 Mac 2018.

Suka hati tebang pokok mempelam guru, MPK diarah bayar RM40,000

Mengikut fakta kes, kakitangan UTK MPK telah bertindak menebang pokok mempelam milik guru tersebut selepas diarahkan kakitangan MPK, Kamsiah Mohd. yang juga merupakan jiran guru berkenaan.

Ketika kejadian, guru tersebut, Noor Aizam Mohd. Nor dan suaminya keluar bekerja.

Kakitangan UTK itu didakwa menceroboh kawasan rumah guru tersebut menggunakan ‘skylift’ dan kren milik MPK serta bertindak menebang pokok mempelam milik plaintif yang berada di dalam kawasan pagar rumah wanita itu.

Mahkamah mendapati defendan kedua iaitu Kamsiah, bersalah kerana memberikan arahan penebangan pokok yang salah kepada unit UTK tersebut.

Selain itu, MPK turut bertanggungjawab kerana pencerobohan dilakukan oleh unit UTK di bawah MPK dengan tiada pemantauan oleh penyelia serta tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi penebangan pokok di kawasan persendirian.

Plaintif diwakili peguam Mohd. Hazwan Hamidun manakala defendan pula diwakili peguam daripada Tetuan Ros Mawarti & Haslinda serta Tetuan YN Anuwar & co.

BACA:

Dah macam cerita ‘Money Heist’! Syiling emas 100kg bernilai RM4.42 juta dicuri dari muzium