Ahmad Maslan tiba-tiba dedah berapa nilai harta kerajaan yang tinggal, nilainya mengejutkan ramai orang!

Oleh GEMILANGDAILY

Ahmad Maslan tiba-tiba dedah berapa nilai harta kerajaan yang tinggal, nilainya mengejutkan ramai orang!

Kementerian Kewangan mengumumkan aset Kerajaan Persekutuan yang sudah dinilai setakat ini mencecah lebih RM1 trilion.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata angka itu diperoleh daripada hasil penilian aset

Ahmad Maslan tiba-tiba dedah berapa nilai harta kerajaan yang tinggal, nilainya mengejutkan ramai orang!

menerusi proses perakaunan akruan yang dilaksanakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bersama Jabatan Akauntan Negara, sejak 2013.

Beliau berkata, setakat ini aset yang sudah dinilai membabitkan harta Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada bangunan dan tanah di seluruh negara.

“JPPH bersama Jabatan Akauntan Negara sedang dengan teliti menilaikan harta Kerajaan Pusat yang ada di seluruh negara membabitkan tanah dan bangunan seperti sekolah, klinik, hospital, bangunan kerjasama dan pejabat kerajaan.

“Proses perakaunan akruan ini sudah mula dilaksanakan sejak 2013 dan setakat ini aset kerajaan pusat yang sudah dinilai adalah lebih RM1 trilion dan ini merangkumi lebih separuh daripada aset kerajaan yang ada,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat JPPH Negeri Johor di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, proses penilaian itu masih lagi diteruskan bagi menilai aset lain seperti jentera, loji, peralatan serta aset tidak ketara seperti paten, perisian sistem, harta intelek, jambatan dan jalan.

Katanya, angka penilaian aset juga dijangka bertambah kira-kira RM30 bilion lagi tahun ini.

“Proses penilaian aset ini masih berjalan dan masih dikira. Saya akan pastikan ia terus dilaksanakan dan kita tidak mahu rakyat selalu didedahkan dengan hutang negara yang dikatakan sebanyak RM1.5 trilion itu, sedangkan aset kerajaan juga ada banyak.

“Saya harap, nilai aset kita akan lebih banyak daripada nilai hutang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, harta kerajaan pusat yang dilaporkan di luar negara turut akan dinilai.

Di Johor, beliau berkata aset Kerajaan Pusat yang sudah dinilai setakat ini merangkumi RM24 bilion bagi Kementerian Pendidikan yang terdiri daripada sekolah-sekolah dan RM9.2 bilion bagi Kementerian Pertahanan membabitkan kem-kem tentera dan tanah kementerian.

“Kementerian Kesihatan pula dengan hospital dan klinik mencecah RM8.7 bilion, Ibu Pejabat Polis dan balai-balai polis di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebanyak RM3.4 bilion dan Jabatan Perdana Menteri (RM3.3 bilion),” katanya.

BACA:

Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu

Kes lama dulu, ini kisah pencemaran radioaktif di Bukit Merah yang generasi sekarang tak pernah dengar