Kenapa mata Zahid Hamidi bengkak? Patutlah kerap pakai spek mata hitam, rupanya ini yang terjadi
Rakyat Malaysia semalam terkejut melihat penampilan terkini wajah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Zahid Hamidi di suatu majlis.
“Lain sangat muka TPM kita!” Itulah kata-kata yang keluar dari rata-rata rakyat sehingga menuduh TPM membuat pembedahan plastik di Korea.
Seorang pemimpin UMNO hari ini menjelaskan keadaan sebenar mengenai ‘muka baru’ Presiden Umno, Dato Seri Dr Zahid Hamidi.
Berikut merupakan kenyataan dari facebook Rafi Awang:-
DALAM Majlis Persandingan anak saya,saya duduk sebelah YAB DS Zahid.
Saya pandang mukanya dan saya agak terkejut dgn perubahan wajahnya.
Ada kesan seperti kena laser dan saya tanya beliau,apa puncanya?
Dia lakukan pembedahan utk membuang selaput mata di kedua2 belah matanya bagi membuang selaput tersebut yg hampir menutup 70 % matanya dan jika selaput tersebut tidak dibuang,ada risiko lain yg akan berlaku pada mata beliau.
Dia tidak ada pilihan selain pembedahan pada matanya.
Dan kesan ubat masih belum hilang sepenuhnya.
Hari ini dia dimaki,dihina dan dicerca oleh pembenci beliau dan mcm2 gelaran dibagi.
Yeaa..sebab tak kena pada diri sendiri,sedap mulut kita hamun orang tanpa mahu tanya cerita sebenar.
Tunggulah bila kena pada diri sendiri,anak atau adik beradik.
Benci sungguh mrk ini pada Zahid. Ptosis adalah keadaan dimana turunnya kelopak mata atas. Kelopak mata atas mungkin turun sedikit sahaja atau turun dengan banyaknya sehingga menutup anak mata. Ini mungkin akan menghalang penglihatan serta medan penglihatan. Ptosis boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau kedua-dua belah mata serentak.
Penyebab
Ptosis berlaku apabila otot (levator muscle dan superior tarsal muscle) yang berfungsi untuk mengangkat kelopak mata tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Peregangan otot levator adalah merupakan penyebab paling umum bagi ptosis di kalangan orang dewasa. Ianya berlaku akibat dari proses penuaan, selepas pembedahan mata intraokular atau apabila berlaku penyakit radang mata yang kronik. Penggunaan kontak lens yang berterusan dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan ptosis.
Ptosis yang berlaku akibat dari proses penuaan yang melibatkan kedua –dua belah mata. Kelopak mata atas telah menutup anak mata di sebelah kanan. Sumber foto : http://image.frompo.com
Kecederaan pada otot levator serta saraf berkenaan semasa kemalangan boleh menyebabkan ptosis.
Ptosis juga boleh berlaku akibat dari komplikasi penyakit lain ke atas otot levator serta sarafnya (saraf kranial ketiga) seperti penyakit diabetes mellitus, barah otak, penyakit saraf dan ketumbuhan pada kelopak mata serta orbit.
Ptosis Kongenital adalah ptosis yang wujud sejak lahir. Ia biasanya diakibatkan oleh otot levator yang tidak berkembang dengan baik tetapi punca sebenar ianya berlaku tidak diketahui.
‘Simple Congenital Ptosis’ yang melibatkan mata kanan. Sumber foto : www.levinmd.com
Ptosis juga boleh merupakan sebahagian dari penyakit–penyakit atau sindrom–sindrom lain seperti:
Marcus-Gunn jaw –winking ptosis’. Ia disebabkan oleh ransangan tidak normal kepada dua kumpulan otot yang berbeza. Ini menyebabkan pergerakan dua kumpulan otot yang tiada kaitan seperti kelopak mata terangkat apabila pesakit membuka mulut.
Kelopak atas mata kanan terbuka bila pesakit mebuka mulutnya. Sumber foto : www.gunsbase.com
‘Blepharophimosis syndrome’. Sindrom ini diwarisi secara autosomal dominan. Ia melibatkan ptosis pada kedua-dua belah mata. Ciri-ciri lain yang ada pada pesakit ini adalah ‘epicanthus inversus’, ‘telecanthus’, ‘phimosis’ dan ektropion pada hujung kelopak mata bawah.
Pesakit mempunyai ptosis yang teruk, mata yang kecil (phimosis) , kedua –dua belah mata dipisahkan jauh(‘telecanthus’) dan ektropion pada hujung kelopak mata bawah. Sumber foto : www.nature.com
‘Horner’s syndrome’. Sindrom ini disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada saraf simpatetik. Ciri–ciri sindrom ini adalah ptosis yang sedikit, miosis (anak mata mengecil) dan anhidrosis (tidak berpeluh). Kelopak mata bawah pada belah yang sama akan terangkat sedikit. Warna anak mata akan lebih cerah sedikit disebabkan tiada ransangan saraf simpatetik pada sel pigmen anak mata. Horner’s sindrom ini mungkin terjadi sejak lahir (congenital) atau disebabkan oleh penyakit –penyakit yang serius pada dada dan leher.
Horner’s syndrome di mata kiri menunjukkan ptosis dan miosis sederhana. Sumber foto : archopht.jamanetwork.com
Miastenia gravis adalah suatu penyakit autoimun dimana persambungan otot dan saraf atau ‘neuromuscular junction’ berfungsi secara tidak normal dan menyebabkan kelemahan otot. Jika ia berlaku pada otot kelopak mata, pesakit akan mendapat ptosis
Sel antibodi tubuh akan menyerang sambungan saraf yang mengandungi acetylcholine (Ach) iaitu neurotransmitter yang menghantar ransangan dari saraf ke otot. Jika terdapat gangguan pada persambungan ini ,otot tidak mengecut. Sumber foto : www.beverlydoc.com
Tanda-Tanda & Gejala
Kelopak mata atas yang turun akan menyebabkan bukaan mata kelihatan lebih kecil. Kelopak mata atas yang menutup anak mata akan mempengaruhi penglihatan dan juga medan penglihatan pesakit. Selalunya pesakit akan cuba membuka matanya agar lebih besar dengan mengangkat keningnya serta mengerutkan dahi. Ini akan menyebabkan pesakit seolah-olah kelihatan seperti terperanjat.
Bagi kanak–kanak pula kelopak mata atas yang menutupi anak mata boleh menyebabkan mata tersebut menjadi malas atau ambliopia. Kelopak mata yang turun akan menekan kornea mata dan menyebabkan astigmatism. Jika astigmatism ini tidak dibaiki ia juga boleh menyebabkan mata malas.
Jika ptosis adalah disebabkan oleh penyakit–penyakit lain, maka pesakit akan juga mengalami tanda tanda atau gejala dari penyakit yang berkaitan.
Rawatan
Pakar Mata akan memeriksa dan memastikan penyebab ptosis tersebut dan kemudian memberikan rawatan yang sewajarnya. Pembedahan adalah merupakan rawatan yang selalu diberikan pada pesakit yang mengalami ptosis.
Tujuan utama pembedahan adalah untuk mengangkat kelopak mata atas supaya penglihatan dan medan penglihatan menjadi normal. Pakar Mata juga akan cuba memastikan kedua dua belah kelopak mata atas berada pada ketinggian yang sama (symmetrical).
Jika ptosis adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit lain maka doktor akan merawat penyakit tersebut. Rawatan ini mungkin dapat memperbaiki ptosis sepenuhnya tetapi kadangkala ianya hanya dapat menahannya daripada menjadi lebih teruk.
BACA:
Patutlah tak sempat selamatkan diri, Polis dedah air sungai naik sampai 10 meter!