‘Kerana mulut badan binasa’, Gara-gara kenyataan fitnah, Hadi Awang disiasat Polis

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

‘Kerana mulut badan binasa’, Gara-gara kenyataan fitnah, Hadi Awang disiasat Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang

Berhubung kenyataannya yang dipercayai menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

'Kerana mulut badan binasa', Gara-gara kenyataan fitnah, Hadi Awang disiasat Polis

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan dakwaan Abdul Hadi bahawa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan negara Barat.

“Kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran Facebook Abdul Hadi pada Sabtu lalu dan ia turut diulas dalam artikel yang diterbitkan portal berita New Straits Times pada tarikh yang sama.

“Justeru, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan siasatan masih dijalankan, Suresh menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” ujarnya.

BACA: “Suami baru je meninggal tak sampai sebulan saya dah berkawan dengan kawan baik suami..Kebetulan dia dah menduda dekat 5 tahun”

Baru-baru ini, media melaporkan Abdul Hadi menyerang DAP dengan mendakwa parti itu memiliki agenda perkauman Cina dan mahu menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta Bumiputera yang dirancang penjajah British.

Abdul Hadi turut mendakwa, DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, manakala parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menumpang pengaruhnya untuk menang.

Pada 3 Julai lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi agar tidak memainkan isu-isu sensitif khususnya isu 3R sepanjang tempoh berkempen.

Katanya, ia bagi mengelakkan wujud ketidakharmonian dalam kalangan rakyat terutamanya institusi diraja, agama dan bangsa sepanjang perjalanan PRN nanti.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga memberi peringatan sama, sambil menambah, jika ia berlaku, PDRM akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

BACA:

Jam ini dikecam hebat, dikatakan menipu sewaktu pelancarannya, tapi semuanya berubah selepas ‘peristiwa itu’

Kejamnya! Ini sekolah di Kelantan yang tak bayar gaji cikgu pada bulan Disember ramai tak tahu