Gara-gara elektrik terputus, dua beradik pengantin perempuan tak sengaja ‘ter’ kahwin pengantin lelaki yang salah

Oleh GEMILANGDAILY

Gara-gara elektrik terputus, dua beradik pengantin perempuan tak sengaja ‘ter’ kahwin pengantin lelaki yang salah

Dua adik beradik pengantin perempuan secara tidak sengaja mengahwini pengantin lelaki yang salah

selepas bekalan elektrik terputus ketika upacara perkahwinan mereka diadakan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Gara-gara elektrik terputus, dua beradik pengantin perempuan tak sengaja 'ter' kahwin pengantin lelaki yang salah

Acara perkahwinan dua pasangan pengantin itu berlangsung di sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh, India.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang sami meneruskan upacara perkahwinan, namun dengan tidak sengaja tertukar antara dua pasangan berkenaan.

Bapa pengantin perempuan, Ramesh Lal berkata, sami itu mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya memakai pakaian merah dengan selendang menutup bahagian muka.

Dua anak pengantin tersebut, Nikita dan Karishma dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan Dangwara Bhola dan Ganesh, dua lelaki daripada keluarga berbeza.

Kesilapan itu hanya disedari apabila dua pengantin lelaki tersebut membawa isteri mereka pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada dua pengantin perempuan itu mengenali lelaki yang mereka nikahi atau tidak. Mereka telah diminta mengulangi acara perkahwinan sekali lagi pada hari berikutnya.

BACA:

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik”

Arab Saudi benarkan penghuni lelaki dan wanita duduk satu bilik hotel walaupun bukan mahram