‘Harga barang naik kerana inflasi dunia, bukan salah kerajaan’ – Presiden Pas
KENAIKAN harga barang disebabkan masalah inflasi dunia, bukan berpunca kerajaan gagal menguruskan negara dengan baik, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak boleh dibebankan dengan masalah kenaikan harga barang kerana beliau memerintah kerajaan secara kolektif bersama barisan Kabinet.
“Alhamdulillah (Perdana Menteri) berjaya menangani banyak masalah dalam suasana yang sangat mencabar.
“Wabak Covid-19 yang belum lagi habis. Masalah inflasi yang melanda seluruh dunia. Negara juga menhadapi masalah inflasi dunia,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
Abdul Hadi berkata, kenaikan harga barang yang menghimpit rakyat ketika ini berlaku disebabkan banyak faktor.
“Antaranya sebab harga barang sendiri. Sebab pengeluaran.
“Kalau harga ayam (naik) kena tengok juga. mereka yang jual makanan ayam, menjual dengan harga mahal. Siapa yang kuasai (sektor) makanan ternakan? Siapa yang main-mainkan harga itu?
“Jadi tak boleh salahkan kerajaan sahaja. Kerajaan sudah menangani,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Ismail Sabri ketika ini memikul bebanan peninggalan kerajaan terdahulu.
“Terpaksa beliau baiki balik. Kita harap beri sokongan pada Perdana Menteri,” katanya.
BACA: