Pemimpin PN Penang dedah Muhyiddin hanya boleh berangan nak dapat majoriti mudah di Pulau Pinang

Oleh GEMILANGDAILY

Pemimpin PN Penang dedah Muhyiddin hanya boleh berangan nak dapat majoriti mudah di Pulau Pinang

eorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) mengakui sukar menawan Pulau Pinang di sebalik keyakinan pengerusinya Muhyiddin Yassin yang bercita-cita menang 20 kerusi DUN pada PRN bulan depan.

Pemimpin enggan dinamakan itu berkata ini kerana masyarakat Cina di Pulau Pinang yang membentuk kumpulan pengundi teramai di lebih 20 daripada 40 DUN “mempunyai kepercayaan kuat kepada Pakatan Harapan (PH)”.

Pemimpin PN Penang dedah Muhyiddin hanya boleh berangan nak dapat majoriti mudah di Pulau Pinang

“Kalau kaum Cina yang menentukan kuasa mentadbir payah sikitlah (PN nak tawan Pulau Pinang),” katanya ke

“(Di kerusi Melayu pula) bukan 100% pun boleh dapat, kena kerja keras lagi,” tambahnya merujuk 12 DUN di bawah Parlimen Balik Pulau, Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Sebelum ini, beberapa penganalisis berpendapat PN boleh menang 12 DUN di Pulau Pinang, kurang sembilan untuk mendapat majoriti mudah 21 kerusi bagi merampas pentadbiran Pulau Pinang daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut pemimpin negeri itu, tempoh berkempen 14 hari ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas penamaan calon 29 Julai juga agak pendek dalam meyakinkan pengundi yang belum serasi dengan perjuangan PN.

“Ramai lagi sebenarnya tak tahu perjuangan kita, kalau 14 hari berapa tempat saja kita boleh pergi?,” soalnya.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 17 Jun berkata PN mampu menang hampir 20 kerusi daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, selain menjangkakan gabungan itu akan memberi tentangan sengit kepada PH.

Ketua Pemuda PN negeri Zuzalee Ariffin pula berkata komponen itu yang kini disokong 1% pengundi Cina dan 4% India hanya memerlukan sedikit peralihan sokongan daripada segmen kumpulan berkenaan untuk menang Pulau Pinang.

Dakwanya, berdasarkan kajian PN, 93% masyarakat Cina kini menyokong PH manakala 5% menyokong BN dan 84% pengundi India menyokong PH dengan 12% komuniti itu bersama BN.

Bagi segmen pengundi Melayu pula, PN menguasainya dengan mendapat 55% sokongan diikuti 28% kepada Barisan Nasional (BN), dan 15% bersama PH.

BACA:

Kenapa orang tua kita sangat memanjakan cucu sendiri? Padahal ketika usia mudanya garang ya amat!.

Tak sangka! ini kereta Bentley yang Jep guna untuk aktiviti harian, ini ‘spec’ Bentley Continental GT yang ramai nak tahu