“Semalam aku singgah pusat jualan perabot ni, tiba-tiba ada seorang lelaki ini datang dekat dan bisik ‘Assalamualaikum’, sekali aku balas ‘ingat cool? jijik ada la'”
SETIAP hubungan romantis bermula dengan salam perkenalan.
Bagi kaum Adam khususnya, pelbagai cara dicuba untuk mendapatkan perhatian wanita yang boleh menyebabkan hati seseorang itu berbunga-bunga.
Namun begitu, wanita ini melalui pengalaman sebaliknya apabila dia berhadapan dengan sekumpulan lelaki yang gagal menjaga batas kehormatan dirinya.
Melalui satu ciapan tular di Twitter, insiden hitam yang didakwa berlaku di sebuah gedung perabot itu menyebabkan wanita terbabit berasa bengang.
“Semalam singgah satu pusat jualan perabot ni, ada sekumpulan budak lelaki mungkin dalam linkungan umur 23 hingga 34 tahun sedang berjalan di hadapan saya.
“Tiba-tiba ada salah seorang daripada mereka menghampiri saya, dia datang dekat sangat dengan muka saya dan dia bisik ‘Assalamualaikum’. Lepas tu kawan dia gelak-gelak.
“Geli weh! Lelaki macam ni masih ada rupanya. Dia ingat benda tu lawak ke kacau perempuan. Kau memang loser,” kata wanita itu hilang sabar.
Menurut wanita itu lagi, umurnya adalah jauh lebih tua daripada kumpulan pemuda tersebut dan perilaku sebegitu boleh dikira sebagai biadab.
“Kau ingat aku ni umur berapa nak main-main begitu. Geli la weh datang dekat lepas tu nak tunjuk macam kau terpaing cool la tu.
Rasa nak sepak je muka kalau jumpa lelaki macam ni.
“Tolong la wahai lelaki, kalau nak mengurat perempuan yang kau suka pun, jangan buat macam ni. Perangai jantan lemah yang annoying.
“Perkongsian ni bukan nak ‘angkat bakul’ sendiri yang kononnya saya ni masih laku. Saya ni pun dah kahwin. Tapi ini untuk peringatan. Aku sebagai perempuan tak akan layan kalau mengurat gaya low-class macam tu.
“Ini dah tahun 2023, bawa bertaubat la buat perangai begitu. Malu weh. Jangan berkelakuan rempit dekat perempuan. Belajar hormat,” kata wanita itu.
Sebahagian ciapan balas warga maya.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengatakan bukan begitu cara yang sebetulnya untuk menarik perhatian wanita.
“Tahu pun kau, sesetengah lelaki ni fikir perempuan terlampau dahagakan tumpuan sampai hamak sangat nak dilayan macam tu. Mengurat cara murahan.
“Tolong la ada standard sikit dan jadi seorang yang gentleman dengan adab. Rasa nak sepak je muka kalau jumpa lelaki macam ni,” kata sebahagian warga maya.
BACA:
Kenapa orang tua kita sangat memanjakan cucu sendiri? Padahal ketika usia mudanya garang ya amat!