Doktor pakar sakit puan terkejut bayi dilahirkan dengan tali pusat terbelit di leher macam ular!

Oleh GEMILANGDAILY

Doktor pakar sakit puan terkejut bayi dilahirkan dengan tali pusat terbelit di leher macam ular!

Bayi Dilahirkan Dengan Leher Terbelit Tali Pusat Macam Ular. Kelahiran seorang bayi mengejutkan doktor yang menyambutnya

apabila dilahirkan dalam keadaan tali pusat terbelit sebanyak enam kali di lehernya seperti seekor ular.

Doktor pakar sakit puan terkejut bayi dilahirkan dengan tali pusat terbelit di leher macam ular!

Doktor di Hospital Yichang, Hubei, China, Li Haur berkata, sepanjang kerjayanya sebagai pakar sakit puan selama 23 tahun,

dia tidak pernah menemui kes seperti itu di mana bayi berkenaan dilahirkan dalam keadaan sihat walaupun terbelit tali pusat kronik.

Li yang juga Pengarah Obstetrik hospital berkenaan berkata, itu kes pertama yang ditemui sepanjang kerjayanya apabila tali pusat terbel

it menyerupai perhiasan leher sesetengah etnik.

“Saya bekerja selama 23 tahun dan ini kali pertama saya melihat tali pusat melilit leher bayi seperti ini.

“Bayi ini tidak mengalami kecederaan serius selepas tali pusat dikeluarkan daripada lehernya,” katanya.

Menurutnya, doktor mengenal pasti masalah tali pusat yang melilit leher bayi itu ketika berada dalam perut lagi. Tetapi mereka tidak menyangka ia membentuk enam lilitan.

Ibu bayi berkenaan dikenali sebagai Dai gembira bayinya sihat dan tiada sebarang komplikasi kesihatan.

“Saya gembira bayi saya tidak mempunyai masalah,” katanya.-

BACA:

Telefon no.2 tertinggal di rumah sebab cas, tapi telefon kat rumah ‘call’ tuan badan minta tolong, rupanya ini kisah disebaliknya telefon itu