Terang-terang hina Sultan Selangor, Sanusi mengaku tidak bersalah

Oleh GEMILANGDAILY

Terang-terang hina Sultan Selangor, Sanusi mengaku tidak bersalah

Sanusi Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menteri besar Kedah itu didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terang-terang hina Sultan Selangor, Sanusi mengaku tidak bersalah

Sanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara, Selangor pada 11 Julai lalu.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin membenarkan Sanusi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Peguam Cara Negara, Ahmad Terrirudin Salleh, manakala Sanusi diwakili peguam Shaharudin Ali.

Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, pendakwaan Menteri Besar Kedah sementara pada Selasa di Kompleks Mahkamah Selayang menyaksikan kehadiran polis yang ramai daripada biasa.

Sekumpulan besar petugas media juga kelihatan bersiap sedia di pintu masuk utama untuk melihat kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu ketika dia dibawa masuk.

Turut kelihatan beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersenjatakan senapang berada di pekarangan kompleks mahkamah.

Anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah menutup jalan utama menuju ke kompleks itu pada 7.30 pagi Selasa.

Beberapa anggota polis berpakaian biasa turut kelihatan di dalam kawasan itu.

2182664

Polis mengawal ketat pekarangan mahkamah.

Dilaporkan bahawa Muhammad Sanusi, yang juga pengarah pilihan raya PAS, ditahan polis pada pukul 3 pagi Selasa.

Setiausaha Politiknya, Hilmi Abd Wahab berkata, pada pukul 2.30 pagi, pintu bilik hotel Muhammad Sanusi diketuk dan terdapat 20 anggota polis di luar bilik.

“Dia kemudian diarahkan keluar dari biliknya, dibawa ke tingkat bawah dan dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diberitahu menuju ke ibu pejabat polis daerah Gombak,” katanya dipetik berkata.

Muhammad Sanusi dipercayai akan didakwa berikutan kenyataannya yang didakwa telah menghina institusi diraja Selangor.

BACA:

Tak sempat sampai mahkamah, Sanusi kena kutip dekat hotel dengan Polis