‘Dihalau tuan rumah’, Wanita ini dedah jadi gelandangan semula, ‘ustaz’ mungkir janji bayar sewa rumah
Tular di media sosial seorang individu mendakwa dia dan keluarga menjadi gelandangan selepas dihalau daripada rumah sewa.
Menerusi perkongsian yang dibuat di kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini
individu tersebut mendakwa keluarganya yang serba kekurangan pernah ditularkan oleh seorang pendakwah terkenal satu ketika dahulu.
Dia mendakwa pendakwah itu telah menyewakan sebuah rumah dan berjanji untuk menanggung sewa termasuk bil api dan air selagi masih hidup.
Namun, dakwanya sewa rumah dah lama tak dibayar menyebabkan mereka sekeluarga dihalau keluar.
Malah, individu ini menafikan dakwaan jiran tetangga kononnya dia menerima bantuan wang tunai RM2,000 serta barangan dapur daripada pendakwah itu.
Di ruangan komen, orang ramai dilihat menyelar individu ini yang dikatakan hanya mengharapkan bantuan.
Menurut netizen, individu ini seharusnya berusaha mencari pekerjaan dan membayar sewa rumah sendiri bukannya meratap di media sosial.
Berat tuduhan ini kan? Seeloknya kita dengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat sebarang spekulasi.
BACA:
Selebriti terkenal kantoi bawa dadah di lapangan terbang, selamba letak dalam beg